Ahad, 13 November 2016

Lim: Taktik perkauman Umno gagal jika pakatan bangkit isu ekonomi

Katanya, taktik sama seperti Umno yang digunakan Donald Trump itu tidak akan berjaya jika ekonomi Amerika Syarikat kuat dan sihat.
Lim Guan EngSHAH ALAM: Ada persamaan yang ketara dalam strategi digunakan Presiden AS Donald Trump dan Umno ketika kempen pilihan raya masing-masing, kata Lim Guan Eng hari ini.
Setiausaha agung DAP itu berkata kedua-duanya menggunakan sentimen agama dan kaum untuk memecahkan komuniti pelbagai etnik, dalam cubaan berjaya mendapat undi majoriti.
Bagaimanapun, katanya, Pakatan Harapan tidak perlu guna tahap yang sama, kerana permainan perkauman Trump berjaya hanya kerana ia diiringi faktor besar – kejatuhan ekonomi US menyebabkan kesukaran hidup bagi rakyatnya.
“BN-Umno dalam pilihan raya umum akan datang akan menggunakan strategi politik identiti, di mana mereka akan guna isu bangsa dan agama, untuk menghasut rakyat dan akhirnya mereka membenci satu sama lain.
“Ini strategi utama BN sekarang kerana mereka sudah gagal menguruskan ekonomi. Tetapi ekonomi ialah isu utama dalam negara kita sekarang.
“Walaupun ada yang kata Trump menang dengan menanamkan rasa takut dalam kalangan warga AS, saya rasa taktik kotornya itu tidak akan berjaya jika ekonomi AS sihat dan kuat sekrang,” katanya ketika berucap di konvensyen Pakatan Harapan 2016 di sini hari ini.
Lim berkata ketika rakyat AS melihat kesan pencapaian lemah ekonomi negara, mereka memutuskan untuk mengubah pentadbiran meskipun pelbagai kontroversi menyelubungi Trump termasuk tuduhan gangguan seksual.
Katanya, itulah sebabnya Pakatan kini patut tukar strategi dengan memfokuskan kepada perkara ekonomi.

“Kita perlu tunjukkan yang Pakatan ada penyelesaian kepada masalah ini dan kita boleh menyelamatkan rakyat daripada ekonomi miskin ini.
“Jika kita boleh buat, saya pasti BN akan jatuh. Jangan percaya sangat apa kata ‘pakar’ atau apa tersiar di media utama.
“Pergi turun padang dan bercakap dengan pemandu teksi. Mereka akan beritahu mereka sekarang semua menentang BN. Ekonomi, ekonomi, ekonomi, itu yang rakyat paling bimbang sekarang,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA