Isnin, 7 November 2016

Lim jawab menteri: Ucapan bajet Najib bukan RUU

Ucapan bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 21 Oktober berfungsi semata-mata sebagai ringkasan kepada dokumen-dokumen serta rang undang-undang yang dibentangkan kerajaan, kata Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng.
Kenyataan Lim itu dikeluarkan selepas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof menegur beliau dan anggota Parlimen pembangkang lain yang bertindak keluar Dewan Rakyat dan tidak mengikuti keseluruhan ucapan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Lim mendakwa RM10 bilion yang kononnya diperuntukkan bagi tujuan  'meringankan kos sara hidup' termasuk bayaran tol tidak dibentangkan dalam Laporan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2017 yang dibentangkan di Parlimen pada hari yang sama.
"Apabila Parlimen menerima pakai dan meluluskan Bajet 2017, ia bukan ucapan bajet yang diguna pakai tetapi Laporan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2017 dan dokumen atau rang undang-undang lain kerana ucapan bajet hanya meringkaskan banyak perkara yang membentuk pelbagai perbelanjaan.
"Maka bagaimana kita tahu apa yang dipanggil subsidi RM10 bilion termasuk subsidi pampasan bagi kenaikan tol apabila tidak disebut dalam Laporan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2017 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan?" tanya beliau dalam kenyataan, hari ini.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP berkata, inilah mengapa Ahli Parlimen Bukit Mertajam dari DAP, Steven Sim cuba untuk merujuk Najib kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mengelirukan Parlimen tetapi sebaliknya, diarahkan untuk meninggalkan dewan.
Lim memberikan beberapa contoh yang didakwa ketidak padanan antara ucapan bajet dan anggaran perbelanjaan yang diberikan oleh Sim seperti tuntutan Najib mengenai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan menyediakan RM1 bilion untuk meningkatkan kelajuan jalur lebar dan liputan.
Bagaimanapun, "Projek Jalur Lebar" hanya diperuntukkan RM57.5 juta dalam anggaran perbelanjaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA