Selasa, 29 November 2016

Lebih banyak NGO dipantau, mungkin ada tangkapan - KPN

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan lebih banyak NGO dipantau berkaitan penerimaan dana asing daripada luar negara.
Malah, katanya, kemungkinan akan ada tangkapan dibuat tidak lama lagi.
“Jadi saya nasihatkan supaya kita semua berhati-hati,” kata Khalid.

“Kerana, jika ada... kami sedang memantau lain-lain NGO ini dan saya tidak menolak kemungkinan ada beberapa orang lagi yang kita akan tangkap dalam sedikit masa, jika perlu.
Buat masa ini, tambahnya, polis sedang mengemas kini bahan bukti dan maklumat-maklumat yang dimiliki mereka.

Khalid bagaimanapun enggan mendedahkan NGO yang dimaksudkannya itu.
Beliau berkata demikian ketika ditanya kenapa polis menyerbu pejabat Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) di Petaling Jaya, semalam.
Empower pernah dipimpin oleh Penegrusi BERSIH Maria Chin Abdullah dan membenarkan pejabatnya digunakan oleh gabungan itu sebelum ini.
BERSIH sedang disiasat atas dakwaan menjejaskan demokrasi berparlimen selepas didakwa menerima dana asing daripada Open Society Foundation (OSF) yang mempunyai kaitan dengan hartawan asing George Soros.
Sementara itu, Khalid berkata berdasarkan maklumat dan rekod kajian polis, Empower juga menerima dana luar negara, termasuk daripada OSF.

“Jadi itu adalah proses siasatan kita untuk mendapatkan apa juga dokumen, barang-barang bukti, juga dari pejabat Empower,” katanya.
'Kalau sayang negara, hati-hati'


Beliau juga mengingatkan, jika kita sayangkan negara, kita perlu berhati-hati dengan siapa kita berurusan, terutamanya pertubuhan-pertubuhan luar.

“Dan kita semua tahu banyak negara tidak mahu berurusan dengan OSF.
“Kita ambil contoh Rusia. Rusia mengharamkan OSF daripada bergiat atau beroperasi di negara mereka. Kenapa? Ada sebabnya.
“Kita ni pula menjemput mereka, kumpulan-kumpulan atau NGO yang meragukan ini, untuk datang bekerjasama dengan kita,” katanya.

1 ulasan:

  1. Berhenti membuli ngo. Tangkap samseng2 umno yg menggugat keamanan

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA