Isnin, 14 November 2016

Lebih baik Mahathir ke tikar sejadah, kata Nik Abduh

Dr Mahathir sering melontarkan pandangan ikut sesuka hati tanpa melihat kelakuannya sewaktu memerintah.
 bahasa,-PPBM,-Nik-Abduh-Nik-Mat,-PAS,-Mahathir-MohamadKUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS sekali lagi menasihatkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad supaya menginsafi semua kesalahannya daripada asyik melakukan dakwaan yang tidak benar.
Nik Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Pasir Mas) berkata Dr Mahathir sering melontarkan pandangan ikut sesuka hati tanpa melihat kelakuannya sewaktu memerintah.
“Tun Mahathir ini dia komen ikut sesuka hati dia sahaja. Saya ingat dia ni yang sekat royalti Kelantan kemudian dia nak beri royalti.
“Dia yang penjara Datuk Seri Anwar Ibrahim, kemudian dia nak bebaskan Anwar. Masa dia ada kuasa, dia tidak buat. Masa dia tidak ada kuasa, dia sebut.
“Lebih baik Tun M kembali ke tikar sejadah, pergi ke Mekah. Banyak belajar agama, itu lebih baik daripada dia pulang ke politik,” katanya kepada pemberita di Parlimen.
Pada Sabtu, Dr Mahathir di Konvensyen Pakatan Harapan menggolongkan PAS dalam kumpulan penyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana enggan bergabung dengan perikatan itu menentang Barisan Nasional.

Beliau berkata ada kemungkinan PAS sudah termakan “dedak”, istilah yang dikaitkan kepada rasuah.
Ditanya mengenai perkembangan hubungan antara PAS dan PPBM, Nik Abduh berkata parti bekas pimpinan Umno itu belum memberikan sebarang kata putus:
“Saya sendiri tidak tahu PPBM ini serius atau tidak sebab sekali tengok nampak serius nak bersama PAS. Tengok kenyataan kedua, macam tidak serius,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA