Selasa, 22 November 2016

Lebih baik Jamal bersihkan Putrajaya - Shuhaimi Shafie

Pemimpin Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos disaran membersihkan Kerajaan Umno-BN di Putrajaya jika terlalu berminat untuk membuat kerja ‘pembersihan’.
Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimi Shafie berkata, Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan sudah lama bersih daripada anasir tidak sihat seperti Jamal sejak 2008.

Katanya, sejak itu juga Kerajaan Negeri berjaya mengurus hasil negeri dan membelanjakannya dengan lebih berhemah dan bertanggungjawab.
“Perkara pertama dan paling penting, kita mesti berwaspada dengan orang yang empat hari tidak mandi kerana kepanasan badan mungkin boleh menganggu minda.
“Untuk Jamal, kerajaan di Putrajaya adalah lebih sesuai dibersihkan dari kleptokrasi jika kamu berhasrat untuk membantu,” katanya kepada Selangor Kini.
Beliau diminta mengulas rancangan Jamal melancarkan kempen baru, ‘BERSIH7’ yang didakwa mampu ‘menyelamatkan Selangor’.
Terdahulu, beliau yang juga Ketua Umno Sungai Besar dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, hari ini.
Sejurus keluar, Jamal memberitahu beliau tidak mandi selama empat hari sepanjang tahanan.
Katanya, perkara itu memberi ilham kepadanya melancarkan BERSIH7 dan mengadakan siri jelajah di 700 lokasi di seluruh Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA