Sabtu, 12 November 2016

Langkah Muhyiddin condong ke Pas luas pengaruh?


Langkah Muhyidin ini merupakan satu langkah yang sangat mementingkan diri dan bakal melambatkan langkah pembangkang untuk menewaskan Barisan Nasional pada pilihan raya yang akan datang.Langkah Muhyidin ini merupakan satu langkah yang sangat mementingkan diri dan bakal melambatkan langkah pembangkang untuk menewaskan Barisan Nasional pada pilihan raya yang akan datang.
Rancangan Pakatan Harapan (Pakatan) untuk menandatangani perjanjian persefahaman diantara Pakatan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada konvensyen Pakatan Harapan esok (12 November 2016) mungkin terpaksa ditangguhkan di atas permintaan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yasin.
Perjanjian ini dikatakan bakal menjanjikan perlawanan 1 lawan 1 diantara parti pembangkang dan Barisan Nasional.
Perubahan di saat akhir Muhyiddin dipercayai berlaku selepas program beliau bersama pemimpin Pas dalam satu program ceramah yang turut dihadiri wakil PKR.
Menurut sumber, Muhyiddin bercadang untuk menubuhkan satu gabungan beliau sendiri yang hanya dianggotai oleh Bersatu,Pas dan PKR dan mengabaikan DAP dan Amanah namun cadangan beliau ditolak oleh pimpinan Pakatan Harapan.
Satu satunya penjelasan yang dapat saya fikirkan buat masa ini mengapa Muhyidin cuba untuk menyingkirkan DAP dan Amanah melalui idea membentuk kerjasama baru parti pembangkang tanpa melibatkan DAP dan Amanah adalah bermula dari krisis dalaman parti Bersatu sendiri sekaligus dilihat sebagai langkah beliau untuk mengukuhkan kedudukan dalam gabungan parti parti pembangkang.

Walaupun cuba ditutup rapi oleh pimpinan Bersatu, kewujudan dua kem dalam Bersatu adalah ketara dan dapat dilihat oleh para pemerhati politik,iaitu satu kumpulan yang dipimpin oleh Muhyidin sendiri selaku Presiden parti manakala satu kumpulan lagi dilihat berpaksikan Tun Dr. Mahathir sebagai penasihat parti.
Sokongan yang lebih besar kepada Dr. Mahathir dilihat sebagai satu ancaman kepada Muhyidin, asas kepada dakwaan ini adalah pendedahan oleh seorang bekas ahli Bersatu, Saheme Hasyim yang mendakwa wujud sikap berpuak dalam Bersatu  dan hanya kerana beliau membawa sukarelawan untuk bertemu Dr. Mahathir, maka beliau telah dituduh untuk melobi jawatan dan cuma merampas kuasa di Kedah.
Tokoh tokoh utama yang menonjol juga dilihat lebih “rapat” dengan Dr. Mahathir antaranya Syed Saddiq, Anina Saadudin dan Mukhriz Mahathir.
Lebih memburukkan keadaan buat Muhyiddin apabila DAP dan Amanah dilihat lebih “rapat” dengan  Dr. Mahathir berbanding Muhyidin selaku presiden parti, kita boleh lihat bahawa sedari awal kehadiran Dr. Mahathir lebih banyak di pentas Pakatan Harapan berbanding Muhyiddin sendiri.
Menyedari hakikat ini kita lihat Muhyiddin cuma mendapatkan pengaruh politik melalui hubungan baik dengan Pas, dan cuba menyingkirkan DAP dan Amanah, namun persoalannya adakah Pas akan memberi ruang kepada Muhyiddin untuk menempatkan diri sebagai ketua gabungan baru diantara mereka sekiranya ia benar benar berlaku?
Pandangan saya, langkah Muhyiddin ini merupakan satu langkah yang sangat mementingkan diri dan bakal melambatkan langkah pembangkang untuk menewaskan Barisan Nasional pada pilihan raya yang akan datang, kegagalan beliau untuk letak ditepi segala kepentingan peribadi akan menyebabkan parti pembangkang tidak mampu menfokuskan agenda menentang Barisan Nasional sebaliknya terus menerus dengan usaha menyatukan lima parti pembangkang.
Saranan saya, pimpinan Bersatu yang lain sewajarnya mengambil langkah untuk mengatasi masalah ini termasuklah mengurangkan kuasa Presiden untuk mengawal segala perjalanan parti sebaliknya sebarang keputusan yang telah dibuat tidak boleh diganggu oleh seorang individu tanpa melalui persetujuan majoriti ahli majlis tertinggi parti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA