Ahad, 20 November 2016

Ku Nan: Tindakan disiplin menanti ahli Umno sertai himpunan merah, kuning..ha..ha..ha..!!!

Tengku Adnan berkata, pihaknya sedang meneliti rakaman perhimpunan itu bagi mengenal pasti ahli Umno yang menyertai perhimpunan Bersih 5 dan Baju Merah
tengku-adnan_umno_bersih_600_2
KUALA LUMPUR: Umno akan mengambil tindakan disiplin ke atas ahli parti yang menyertai perhimpunan haram di ibu kota semalam, kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Setiausaha Agung Umno itu berkata, pihaknya sedang meneliti rakaman perhimpunan itu bagi mengenal pasti ahli yang menyertai perhimpunan Bersih 5 dan Baju Merah, sebelum dibawa kepada Lembaga Disiplin Umno.
“Kita akan serahkan kepada ahli lembaga disiplin untuk buat keputusan dan apa yang mereka patut lakukan…sekarang kita akan lihat kesemua rakaman perhimpunan semalam dan teliti siapa yang ambil bahagian.
“Saya amat kecewa dengan apa yang berlaku, saya sendiri pantau semalam dan dapati banyak perkara yang tak sepatutnya dilakukan oleh rakyat Malaysia,” kata menteri Wilayah Persekutuan itu selepas merasmikan Gotong-Royong Mega 2016 Bersepadu Perangi Aedes peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.
Tengku Adnan berkata, beliau turut kecewa dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyertai perhimpunan berkenaan.
“Saya pun tak faham, dulu cakap ini semua tak patut berlaku…saya rasa mereka ini angkuh dan terlalu kecewa, jadi percayalah pada qada dan qadar,” katanya.
Sementara itu, Tengku Adnan berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) belum mengenal pasti nilai kerugian dan sedang meneliti kerosakan harta benda awam yang berlaku sepanjang perhimpunan semalam.

1 ulasan:

  1. hahahahah...tak habis2 nak berdrama ketua penyamun kuala lumpur nie.....ko suruh geng baboon ko tutup muka....mcm mana pulok.....boleh nampak ker.....nampak sgt penakut korang nie......mcm penyamun ada laaaaa....

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA