Ahad, 6 November 2016

Kritik titah Sultan Johor, Syed Saddiq dipanggil polis

Ketua Armada PPBM disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan
syed-saddiq-johor-1
KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk diambil keterangan dalam siasatan berhubung kandungan surat terbukanya yang ditujukan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan dibuat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
Polis menerima beberapa laporan berhubung perkara itu, katanya kepada Bernama hari ini.
“Saya ingin menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam membuat sebarang komen terhadap raja dan institusi raja,” katanya.
Dalam surat terbuka yang dimuat naik di laman Facebooknya, Syed Saddiq yang merupakan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, antara lain dikatakan mengkritik larangan mengadakan demonstrasi di Johor yang dititahkan Sultan Johor pada Khamis lepas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA