Rabu, 16 November 2016

KPN akan panggil Jamal siasat kenyataan 'Darah akan dibayar darah'


Jamal Md Yunos Jamal Md Yunos Pengerusi Gabungan NGO Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunos akan dipanggil untuk disoal siasat atas kenyataannya "Darah mesti dibalas Darah", kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Khalid berkata, kenyataan Jamal itu boleh dianggap sebagai menghasut.
"Kami akan menyiasat perkara itu tanpa rasa takut atau pilih kasih. Beliau akan dipanggil untuk disoal siasat," katanyaseperti dilaporkan The Star hari ini.
Pada Ahad, Jamal ditumbuk di muka semasa pergelutan berlaku antara polis dan kumpulan Baju Merah di Ampang Point.
Beliau kemudian berkata dalam laman Facebook "Darah akan dibayar dengan darah)" beberapa jam selepas pergelutan itu.
Posting itu turut disertakan dengan foto yang menunjukkan hidungnya yang berdarah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA