Jumaat, 18 November 2016

Konvensyen PH tanpa Pas ibarat ‘kereta tiada enjin’ - Dr Iskandar Hasan

KOTA BHARU - Konvensyen Pakatan Harapan yang dibuat tanpa Pas adalah ibarat ‘kereta tanpa enjin’ dan bersesuaian dengan situasi politik hari ini.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Kelantan, Dr Iskandar Hasan Tan Abdullah berkata, adalah menjanggalkan apabila Pakatan Harapan lebih melihat kepada menjatuhkan kedudukan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan mengutamakan Bersatu daripada kekuatan Pakatan.
Pas Oleh itu, Iskandar Hasan berpandangan, adalah  tidak menghairankan apabila Pas tidak menjadi keperluan dalam konvensyen tersebut dan laungan reformasi hanya sekadar retorik yang telah dimainkan sejak 1999.
“Biarpun pada asasnya perpecahan dan tidak sependapat antara parti-parti dalam Pakatan Harapan pasti berlaku selepas PRU14.
“Maka solusi yang dicapai dalam konvensyen tersebut yang meletakkan satu lawan satu menentang BN dalam PRU14 hanya sekadar bermimpi di siang hari,” katanya.
Sinis beliau, kejujuran Pakatan Harapan untuk membela nasib rakyat hanya sekadar bermusim tanpa ada hasilan yang konkrit dan ini bermakna konvensyen itu hanyalah memuaskan pihak-pihak tertentu bukannya melihat lebih jauh mengenai permasalahan rakyat.
Beliau juga beranggapan konvensyen sulung berkenaan itu nampaknya diterajui oleh Bersatu dan kurangnya peranan PKR serta DAP.
“Adakah sebuah parti yang baru ditubuhkan nampak lebih berkuasa daripada dua parti veteran. Adakah konvensyen ini bermotifkan kepentingan survival politik individu tertentu.
“Di manakah suara Amanah, atau parti itu hanya mengikut kata orang. Amanah langsung tidak menunjukkan usaha dalam memartabatkan perjuangan Islam dalam konsensus konvensyen ini.
“Apakah konsensus tersebut digunakan untuk mencapai kehendak DAP dan Bersatu. Jika ini yang berlaku maka ke mana pergi nasib agama dan bangsa Melayu,” katanya.

Tambahnya, konvensyen tersebut juga digunakan sebagai platform untuk memburukkan usaha kerajaan pimpinan perdana menteri, sedangkan banjir yang berlaku di Pulau Pinang lebih kepada kegagalan DAP dalam menangani banjir.
Malahan katanya, isu air yang tercemar juga berpunca daripada kelemahan penguatkuasaan kerajaan negeri PKR di Selangor dan kedua-dua isu itu sepatutnya diutamakan supaya rakyat nampak keprihatinan Pakatan Harapan dalam membela nasib rakyat.
“Bukannya guna pendekatan populis seperti yang digunakan oleh seorang tokoh Pakatan Harapan pada masa lalu.
“Pendekatan populis hanya sekadar gimik konvensyen kalai ini dan lebih beretorik daripada mencapai janji-janji yang ditawarkan kepada rakyat semasa PRU13,” katanya.
Katanya, banyak janji-janji  yang dibuat PKR dan DAP masih belum lagi terlaksana dan  konvensyen  itu juga didapati lebih mementingkan survival politik daripada keutamaan membela nasib rakyat.

4 ulasan:

  1. Pas tak join sekali PH tak apa la kerana dia naik kereta lembu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih, Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!1"Dikejar-kejar hutang2"Selaluh kalah dalam bermain togel3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunyatapi tidak ada satupun yang berhasil. 4d 5d 6d Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI MUPENG akan membantuanda semua dengan Angka ritual/GHOIB:butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTOMAGNUM / dijamin100jebolApabila ada waktusilahkan Hub: AKI MUPENG DI NO: (((_0852 9445 0976 _)))ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILANDANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/»0852 9445 0976 .

      Padam
  2. PH tanpa PAS ibarat enjin turbo.

    BalasPadam
  3. saya sangat setuju dengan pendapat Dr Iskandar bahawa PH tanpa Pas adalah ibarat kereta tanpa enjin yang mana kereta tersebut telah dibengkelkan dalam konvensyen tersebut supaya kereta itu dibuat 'full overhaul' dan yang pastinya ditukar kpd enjin turbo yang lebih baik kondisinya.
    Jika Dr Iskandar pandang konvensyen kali ini meraikan BERSATU adalah kerana keyakinan bahawa parti tersebut sudah mula dipenuhi dengan orang Melayu dan Islam aktif yang tidak lagi suka beretorik dari sebuah meja kosong yang sekadar memberi pandangan kabur dari jauh dengan bersandarkan nama jawatan akademik tanpa langsung proaktif bergerak dan tidak juga membumi sifatnya.

    Dr Iskandar, cuba baca semula apa yg ditaip oleh Dr bahawa PH seperti diterajui oleh Bersatu, dan ke mana perginya peranan PKR dan DAP. Seakan Dr sangat risau dengan situasi tersebut. Namun dalam masa yang sama Dr Iskandar menunjukkan bahawa konsensus dlm konvensyen PH mengutamakan kehendak DAP dan Bersatu. Sangat Kelakarkan pendapat Dr! Tidakkah itu sudah menjawab apa yg Dr tanyakan ke mana mereka pergi.

    Segala kebaikan di dunia yang bertepatan dengan kehendak al-Quran dan as-Sunnah maka ianya adalah Islamik. Tanpa perlu gunakan jenama atau perkataan Islam di hadapannya. Itulah lambang Islam adalah universal dan ISLAM FOR ALL tanpa prejudis. Sekalipun kebaikan itu datang dari PKR, Bersatu malah DAP. Baki lagi, Dr Iskandar fikirkanlah pula arah tuju kepimpinan negara ketika ini yang seperti hilang arah tujunya apabila teguran dan komentar para pakar ekonomi dan cerdik pandainya yang mulai bersuara ketika ini tidak diendah, tidak dilayan dan ibarat dianggap sampah sahaja oleh kerajaan. Dr Iskandar mungkin juga seorang ahli akademik yang hebat, berjawatan tinggi, berGAJI besar, hidup selesa tidak pernah rasa susah sejak dilahirkan dan tidak pernah langsung merasai kehidupan rakyat miskin yang tidak pasti mampu mencari sesuap nasi atau tidak. Maka tidak hairanlah jika Dr Iskandar amat selesa kerana Allah tidak berikan kesusahan kepada Dr Iskandar selama hidup ini. Alhamdulillah kan??? Maka secara prejudis Dr Iskandar juga membenci dan jijik kepada golongan susah dan miskin dek kerana itulah komentar Dr Iskandar hanya menyentuh pandangan tentang politik dari meja di bilik BERHAWA DINGIN di Bangunan Tinggi... berbanding ketidaksanggupan Dr Iskandar membicarakan soal kesusahan rakyat tanpa mengira sokongan kpd mana² parti politik.
    Terima kasih Dr Iskandar atas pendapat yang AMAT BERMANFAAT.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA