Sabtu, 19 November 2016

KLCC titik pertemuan Bersih 5 selepas disekat ke Dataran Merdeka


Peserta Bersih 5 kini memenuhi KLCC di luar dan dalam bangunannya selepas tidak dibenarkan masuk Dataran Merdeka.Peserta Bersih 5 kini memenuhi KLCC di luar dan dalam bangunannya selepas tidak dibenarkan masuk Dataran Merdeka.
Pusat Arahan Bersih 5 petang ini memaklumkan tempat berkumpul semua peserta Bersih 5 di KLCC sebagai titik perhimpunan baru.
Ini kerana pihak berkuasa telah menutup beberapa laluan ke Dataran Merdeka walaupun peserta berhimpun secara aman di dua lokasi di Dataran Maybank dan Masjid Negara.

Komandan Bersih 5 menyeru kepada semua peserta untuk mula bergerak ke KLCC dengan cara tenang dan teratur untuk memudahkan perhimpunan berlansung aaman di KLCC.
Pihak penganjur memaklumkan program akan terus diadakan di sana hingga jam 6 petang sebelum semua diminta bersurai.
Bebaskan Maria Chin segera
Peserta Bersih 5 yang berkumpul di depan bangunan iconic KLCC selepas mereka dihalang dari masuk ke Dataran Merdeka.Peserta Bersih 5 yang berkumpul di depan bangunan iconic KLCC selepas mereka dihalang dari masuk ke Dataran Merdeka.

Pengarah pilihan raya PKR Datuk Saifuddin Nasution ─░smail ketika berucap di depan KLCC menuntut Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah dibebaskan segera.
"Rakyat dari semua negeri berhimpun di sini untuk menolak kezaliman.

"Kita mahu pengerusi Bersih dibebaskan segera," katanya merujuk kepada Maria.
Berucap di hadapan puluhan ribu peserta Bersih 5 di perkarangan KLCC, beliau memuji penganjur Bersih 5 yang mampu menyatukan rakyat menentang kezaliman BN.
"Terima kasih Bersih, terima kasih Maria Chin," katanya merujuk kepada pengerusi Bersih yang kini ditahan di lokap polis.
Bersih katanya telah berjaya menyatukan rakyat semua peringkat dari semua kaum untuk bersama membela nasib rakyat yang ditindas.
Beliau juga mengajak rakyat seluruh pelusuk negara menukar kerajaan BN dalam PRU 14.
Siapa tumbuk Jamal
Anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin pula membangkitkan insiden hidung berdarah melibatkan pemimpin baju merah Datuk Seri Jamal Yunos minggu lalu.
Zuraida berkata, seluruh rakyat Malaysia gembira dengan perkara itu.
“Siapa tumbuk Jamal?” Soalnya sambil dijawab “polis” oleh orang ramai.
Mereka selepas itu senyap bagi menghormati laungan azan yang sedang berkumandang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA