Rabu, 30 November 2016

Kita 'berperang', tak usah simpati kepada musuh - KJ

Tidak ada tempat dalam Umno untuk penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), tegas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Beliau menegaskan, Umno dan BERSATU mungkin berkongsi penyokong, justeru, kesetiaan yang terbahagi itu adalah sesuatu yang membimbangkan.
"Itulah sebabnya kita perlu menghantar mesej yang jelas - dalam politik, sebaik sahaja anda berada di luar Umno, kita perlu lukis garis pemisah dan kita perlu lawan.
"Dan tidak ada tempat dalam Umno bagi mereka yang secara diam-diam bersimpati dengan mereka (BERSATU)," kata beliau yang juga menteri belia dan sukan semasa sidang akhbar di PWTC.
Semasa berucap pada perhimpunan agung Pemuda Umno sebelum ini, anggota Parlimen Rembau itu mengingatkan ahli-ahlinya untuk tidak memandang rendah terhadap BERSATU.
"Parti Pribumi tidak akan bertanding di kawasan-kawasan seperti Lembah Pantai, Kuantan atau Seremban. Mereka akan menyerang kawasan deposit tetap Umno - Muar, Langkawi, mungkin Rembau," ujar beliau.
Ejen senyap

Khairy juga mendedahkan cerita-cerita yang berkumandang mengenai pimpinan BERSATU yang mengarahkan penyokongnya dalam Umno untuk kekalkan bersama parti itu bagi mengejutkan Umno dengan serangan hendap apabila pilihan raya umum diadakan.
Jika itu berlaku, tambah beliau, ia akan menjadi terlalu lewat untuk Umno bertindak balas setelah jenteranya menjadi lemah ekoran sabotaj dalaman.
Khairy juga menyatakan sentimen berbahaya yang wujud berkenaan beberapa pihak dalam Umno yang masih menghargai sumbangan pemimpin BERSATU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA