Ahad, 13 November 2016

Kini Anwar 'terpahat' di dada Mahathir

Kini Anwar 'terpahat' di dada Mahathir
Mahathir ditemani isterinya Tun Hasmah Mohd Ali.
SHAH ALAM - Pelbagai momen menarik yang dapat dicoretkan sempena konvensyen Pakatan Harapan 2016 hari ini.
Antaranya, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat memakai lencana 'bebas Anwar sekarang' di bahagian  poket kirinya.‎
Mahathir yang ditemani isterinya Tun Hasmah Mohd Ali dilihat duduk sebelah menyebelah sepanjang konvensyen berlangsung.
Terdahulu, Mahathir dalam ucapannya mengesahkan hasrat parti itu untuk  menjadi sebahagian daripada parti komponen Pakatan Harapan. ‎
Menurutnya, tidak ada sebab Bersatu tidak bersetuju dengan perjuangan Pakatan Harapan memandangkan ia berpegang kepada dasar-dasar yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.  ‎
‎“Saya tidak ada masalah untuk menyokong reformasi.  Bersatu akan menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan dan saya berharap akan diterima untuk bersama-sama menjatuhkan kepimpinan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.
Mahathir yang sebelum ini merupakan lawan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ‎dalam dunia politik mengejutkan negara apabila menghulurkan salam perpaduan tatkala menemui Anwar di Mahkamah Tinggi pada beberapa bulan yang lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA