Rabu, 9 November 2016

Khuatir Trump menang, pasaran saham Asia Tenggara menjunam

Prestasi calon Republican Donald Trump menggemparkan para pelabur yang mengharapkan kemenangan Hillary Clinton
trump
PETALING JAYA: Pelabur yang khuatir melihat calon Republican Donald Trump mendahului persaingan presiden Amerika Syarikat menyebabkan pasaran saham Asia Tenggara menjunam hari ini, lapor Reuters.
Trump memenangi beberapa negeri penting seraya membuka laluan kepada hartawan kontroversi itu menaiki tangga Rumah Putih, menggemparkan para pelabur yang mengharapkan kemenangan calon Demokrat Hillary Clinton.
Pasaran saham Singapura turun 1.8% ke paras terendah sejak penghujung Jun. Minyak dan gas paling terkesan ketika harga minyak global menjunam. Saham pembina rig Sembcorp Industries turun 4.6%, peratusan terbesar dalam 7 bulan ini.
Pengusaha kasino Genting Singapore dan Golden Agri-Resources juga antara yang terkesan.
Pasaran saham kewangan Singapura, komponen terbesar indeks turun 1.7%.
Index utama Indonesia turun 2%, mencecah ke paras terendah sejak United Kingdoms mengundi untuk meninggalkan Kesatuan Eropah pada Jun, diheret oleh pasaran tenaga dan kewangan.
Timbalan gabenor bank pusat Indonesia, Perry Warjiyo berkata pihaknya bersedia untuk menstabilkan rupiah sekiranya berlaku ketidakstabilan.
Pasaran saham Filipina turun 1.4% diheret pasaran kewangan dan pengguna.
BDO Unibank Inc dan Bank of Philippine Islands masing-masing turun 3.2% dan 2.7%.
Pasaran saham Thailand turun 1.4% manakala Malaysia turun 1%.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA