Jumaat, 4 November 2016

Khairuddin mahu polis siasat Pandikar, NGO kerana langgar demokrasi

Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, anak guamnya turut menggesa polis menyiasat JMM dan Kelab N87 Wilayah Persekutuan atas ugutan jenayah.
hanif-pandikar-khairuddinPETALING JAYA: Bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini membuat laporan polis terhadap speaker Dewan Rakyat dan 2 badan bukan kerajaan (NGO) atas dakwaan melanggar demokrasi berparlimen.
Selain Tan Sri Pandikar Amin Mulia, laporan polis bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu turut menamakan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Kelab N87 Wilayah Persekutuan yang membuat laporan polis terhadap 3 bekas menteri membangkitkan isu 1MDB di Dewan Rakyat, minggu lalu.
Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, anak guamnya mahu polis menyiasat Pandikar dan 2 NGO yang disebut dalam laporan polis atas dakwaan menyimpang demokrasi berparlimen.
Haniff berkata, anak guamnya turut menggesa polis menyiasat JMM dan Kelab N87 Wilayah Persekutuan atas ugutan jenayah.
“Anak guam saya menjangka polis bertindak segera dan cekap terhadap 3 pihak itu sepertimana penyiasat mula bertindak sebaik sahaja 2 NGO itu membuat laporan mereka terhadap ahli Parlimen terbabit,” katanya kepada FMT hari ini.

Tiga ahli Parlimen itu adalah bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Menteri Kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.
Pada 27 Oktober lalu, Pandikar mengadakan sidang akhbar dan berkata 3 bekas menteri itu mungkin melanggar beberapa peraturan, termasuk Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Hasutan kerana membangkitkan isu 1MDB ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat, minggu lalu.
Akibatnya, polis sedang menyiasat 3 bekas menteri itu kerana mendedahkan rahsia kerajaan, termasuk berkaitan 1MDB susulan laporan polis 2 NGO itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA