Khamis, 17 November 2016

Ketua Penerangan Umno Sgor dan rakan taulan akan sertai Baju Merah

Meskipun enggan mengulas secara rasmi tentang laporan bahawa ahli Umno sedang digerakkan untuk menyertai perhimpunan balas ‘Baju Merah’ untuk menentang BERSIH5 pada Sabtu ini, namun Ketua Penerangan Umno Selangor, Datuk Zein Isma mengakui dirinya mengajak kawan-kawan supaya hadir.
Katanya, mereka yang merasakan bumi Malaysia sedang digugat dengan campur tangan kuasa asing, perlu hadir dan mempertahankannya.
“Bercakap sebagai rakyat Selangor, sebagai orang Melayu, saya sendiri rasa terpanggil dan minta anak saya pergi sebab apa yang dibuat Baju Kuning (BERSIH5) ini menghina pemimpin (negara kita),” katanya kepada KiniTV.
Menurutnya, beliau percaya bahawa apa yang cuba dilakukan oleh BERSIH itu adalah cubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokratik.
Pemimpin Umno Selangor itu berkata demikian ketika mengulas laporan bahawa ahli Umno di beberapa negeri sedang digerakkan untuk menyertai perhimpunan balas Baju Merah.

Zein turut mengucapkan tahniah kepada Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang menerajui gerakan Baju Merah berikutan kejayaannya menggerakkan pelbagai NGO, untuk berhimpun dan menyatakan kesetiaan kepada negara.
“Kalau ya pun (BERSIH) nak tukar kerajaan tunggulah PRU-4 nanti, biar rakyat berpeluang untuk memilih bukannya secara jalanan.
“Dia (pembangkang) nak tiru 'Arab Spring' nak menjatuhkan pemimpin secara begitu,” kata Zein.
Ketua penerangan Umno Selangor juga menafikan sebarang maklumat mengenai ahli parti itu di Melaka, Perak dan Selangor yang digerakkan untuk menyertai Baju Merah pada 19 November ini.
“Saya rasa bab Baju Merah, tanya jamal, saya tak boleh (ulas) lah,” katanya.

1 ulasan:

  1. Baguis lah ggitu, nanti orang awam akan merpersepsi baju merah dgn sokongan umno dan pemerintah.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA