Selasa, 22 November 2016

KESIAN UMNO....

Selepas perhimpunan Bersih 5 yang terbukti mendapat sambutan cukup ketara daripada rakyat berbilang bangsa, bersungguh benar nampaknya UMNO mahu bekerjasama dengan Pas. 

Dalam waktu terdekat ini saja sudah dua pemimpin UMNO menyuarakan perlunya kerjasama itu demi perpaduan Melayu kononnya.
Dalam perhimpunan UMNO minggu depan, seruan ke arah kerjasama yang sebenarnya untuk menyelamatkan nyawa daripada kalah pilihanraya pasti lebih berdegar-degar lagi dentum-dentamnya.
Kesian...walaupun berkuasa sudah lama dan wang pula ada beribu-ribu juta, tapi masih lagi merintih-rintih mengharapkan cinta lama...

Malangnya, Pas sehingga ini belum tergerak hati lagi untuk menerima gamitan cinta daripada UMNO, sang kekasih lama itu.
Pemimpin-pemimpin Pas bukan saja menolak untuk bergabung, bahkan bekerjasama pun tak mahu juga.

Malah, diminta pula UMNO dibubarkan dan semua ahli-ahlinya disyaratkan masuk Pas.
Kehkehkeh.....

5 ulasan:

  1. Kedua2 pihak sdg dilamun mimpi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku rasa pas dan umno akn bekerjasama dgn syarat kelantan kekal ke tangan pas, kerusi kedah dan tegganu umno tak kacau.
      Dalam lain kata, pas akn tolong najib kekal PM walaupun bnyk masalah.

      Padam
  2. mmg betul...tak boleh percaya ckp2 pemimpin2 PAS nie.....sekarang nie cakap mcm nie....nnt kemudia bila tuang presideng batuk jer....lain pulok ckp dier.......tak kira apa tuan presideng cakap...kena walaaa...

    BalasPadam
  3. Bila tuang presiden kencing...semua kena

    BalasPadam
  4. Bila tuang presiden kencing...semua kena

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA