Isnin, 21 November 2016

Kerjasama Umno-Pas perlu dilaksanakan..!!

KUALA LUMPUR - Beberapa ahli Parlimen hari ini berpendapat kerjasama politik antara Umno dan Pas dalam memperkukuh hubungan serta perpaduan Melayu-Islam perlu dilaksanakan demi kesejahteraan umat Islam.
Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (Pas-Kuala Nerus) berkata walaupun Paa mempunyai dasar perjuangan tersendiri, pihaknya sentiasa terbuka dan rasional dalam soal kerjasama dengan Umno terutama melibatkan kepentingan umat Islam.
Umno Pas "Saya rasa perkara ini sudah lama dilontarkan. Kami tidak ada masalah dalam hal ini khususnya untuk mengekalkan kuasa Islam dalam negara.
"Bagi saya kuasa Islam mesti dipertahankan oleh setiap umatnya," katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen hari ini.
Beliau mengulas kenyataan ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung kerjasama itu ketika menjadi speaker Diskusi Agama pada Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 2.0, semalam.
Jamil yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata kerjasama sedemikian adalah dituntut malah disebut di dalam al-Quran bagi memastikan survival umat Islam secara keseluruhannya.
Sementara itu, Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) pula menyerahkan perkara tersebut kepada pucuk pimpinan kedua-dua parti untuk tindakan selanjutnya.
"Bagi saya tidak ada ruang untuk Pas ambil jalan bersendirian untuk menegakkan agama," katanya.
Datuk Azizah Mohd Dun (BN-Beaufort) pula mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama demi kepentingan rakyat, namun kedua-dua pihak perlu berusaha untuk merealisasikan perkara itu.
"Kita mahu bawa pembangunan kepada rakyat. Maka kita perlukan negara yang stabil dengan rakyatnya bersatu padu dan tidak terlalu mementingkan politik," katanya.

4 ulasan:

  1. Kerjasama ini tidak akan berlaku jika TGNA masih hidup. Apakan daya TGNA dah tiada, maka telan ajelah amanat2 dulu tu.

    BalasPadam
  2. SAYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA SEMUA ORANG BAHWA MUNKIN AKU ADALAH ORANG YANG PALING MISKIN DIDUNIA DAN SAYA HIDUP BERSAMA ISTRI DAN 3 BUAH HATI SAYA SELAMA 10 TAHUN DAN 10 TAHUN ITU KAMI TIDAK PERNAH MERASAKAN YANG NAMANYA KEMEWAHAN,,SETIAP HARI SAYA SELALU MEMBANTIN TULANG BERSAMA SUAMI SAYA UNTUK KELUARGA SAYA NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH CUKUP UNTUK KEBUTUHAN HIDUP KELUARGA SAYA..AKHIRNYA AKU PILIH JALAN TOGEL INI DAN SUDAH BANYAK PARA NORMAL YANG SAYA HUBUNGI NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH MEMBAWAKAN HASIL DAN DISITULAH AKU SEMPAT PUTUS ASA AKHIRNYA ADA SEORANG TEMAN YANG MEMBERIKAN NOMOR AKI KORO,,SAYA PIKIR TIDAK ADA SALAHNYA JUGA SAYA COBA LAGI UNTUK MENGHUBUNGI AKI KORO DAN AKHIRNYA AKI KORO MEMBERIKAN ANGKA GHOIBNYA DAN ALHAMDULILLAH BERHASIL..KINI SAYA SANGAT BERSYUKUR MELIHAT KEHIDUPAN KELUARGA SAYA SUDAH JAUH LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA,DAN TANDA TERIMAH KASIH SAYA KEPADA AKI KORO SETIAP SAYA DAPAT RUANGAN PASTI SAYA BERKOMENTAR TENTAN AKI KORO…BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN =TLP=085222846347= | =CALL/=+6285222846347=,ATAU

    BalasPadam
  3. Tolong lah bersatu wahai UMNO dan PAS. Berkerjasama dan berpadulah!

    BalasPadam
  4. Tolonglah jgn disebut pasal agama Islam sbb ko nak bersatu....geli aku.....sebenarnyer pasal asobiyah korang.... adalah.....sebenarnyer memburukkan lg imej islam adalah.....bila pemahaman mazhab korang lebih kurang pemahaman bangsa yahudi yg juga assobiyah.....bg korang biarlah pemimpin ko tu penyamun ker....perompak ker....tak kisah tapi asalkan melayu....aku yg melayu pun malu betul dgn pemahaman mazhab umno-pas sekarang nie.....sepatutnyer ko tolong(nasihat)....tolong secara baik tak makan.....kita balik disanggah....maka kena tolong dgn tindakan......kalu tak sanggup jugak....tolong dgn menggunakan hati....benci dan tak bersekongkol......

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA