Rabu, 2 November 2016

Kerajaan, pembangkang perlu tertakluk undang-undang dana asing

Dr Azmi Sharom berkata melihat rekod di negara ini, undang-undang yang dicadangkan ketua penerangan Umno itu hanya digunakan kepada pembangkang.
PETALING JAYA : Cadangan untuk mewujudkan undang-undang siasat kemasukan dana asing ke negara seperti dicadangkan Tan Sri Annuar Musa perlu dikuatkuasakan secara sama rata, kata Profesor Dr Azmi Sharom.
Pensyarah undang-undang Universiti Malaya itu berkata jika dilihat kepada rekod di negara ini, undang-undang seperti dicadangkan ketua penerangan Umno itu hanya digunakan kepada pembangkang.
“Kalau kita lihat kepada rekod negara ini, undang-undang sebegini hanya digunakan kepada pembangkang saja. Tak ada gunanya.
“Jadi ia akan digunakan sebagai alat untuk memburuk-burukkan pembangkang, sedangkan undang-undang seperti ini harus digunakan ke atas Umno, MCA, MIC dan semua sekali,” katanya kepada FMT hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan Annuar semalam yang mahu satu undang-undang diwujudkan untuk menyiasat kemasukan dana asing ke negara ini.
Annuar berkata undang-undang itu penting bagi kerajaan mengetahui sumber pembiayaan tersebut, sekali gus mengelak wujudnya ancaman pengaruh luar untuk menjatuhkan kerajaan.
Azmi berkata beliau melihat niat Annuar itu tidak baik kerana ia bertujuan untuk menyelamatkan kerajaan Umno dan BN.
“Jadi ini bukanlah satu cadangan yang boleh saya sokong,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA