Selasa, 29 November 2016

Kerajaan PAS Kelantan roboh halangan, 9 Orang Asli pertahan hak ditangkap

Operasi bersepadu antara kerajaan negeri Kelantan bersama polis, Jabatan Perhutanan menahan Orang Asli yang membuat sekatan terhadap pembalak di Gua Musang pagi ini.Operasi bersepadu antara kerajaan negeri Kelantan bersama polis, Jabatan Perhutanan menahan Orang Asli yang membuat sekatan terhadap pembalak di Gua Musang pagi ini.
Antara Orang Asli yang ditahan pagi ini.Seramai sembilan Orang Asli di Gua Musang ditangkap pagi ini dalam operasi pihak kerajaan negeri Kelantan memusnahkan halangan (blocked) laluan lori balak.
Kesemua mereka yang ditahan oleh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di blocked Simpang Petei itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang.Senarai mereka yang ditahan setakat pagi ini adalah seperti berikut:
  • Azmi bin Badul
  • Ayel bin Ajib
  • Majid bin Along
  • Yusmab bin Andok
  • Alang bin Along
  • Arif bin Pandak
  • Angah bin Tegau
  • Radi bin Uda
  • Manglo bin tegau
Sumber juga memberitahu Malaysia Dateline, pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan turut memusnahkan halangan di Simpang Petei yang dibina Orang Asli sebelum ini.
Halangan berkenaan sebagai protes komuniti tertindas itu selepas kerajaan negeri dilihat enggan mengambil kira bantahan mereka supaya aktiviti pembalakan tebang habis di hutan simpan kekal dihentikan.
Dalam perkembangan berkaitan, pihak NGO difahamkan akan mengadakan Solidariti Selamatkan Orang Asli mulai malam ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA