Isnin, 7 November 2016

'Kalaulah saya ada banyak wang', kata menteri mengenai tebatan banjir

Ia akan menelan belanja sekurang-kurangnya RM40 bilion untuk melaksanakan kerja-kerja tebatan banjir di seluruh negara dan kos itu boleh melonjak kepada RM60 bilion jika ditangguhkan, menteri memberitahu Dewan Rakyat hari ini.
Bagaimanapun, ditanya sama ada beliau mempunyai rangka masa untuk menyiapkannya, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, dana sahaja tidak mencukupi.
"Anda tidak boleh menjadi begitu pasti dalam melaksanakan (projek) seperti ini. Kalaulah saya ada wang yang banyak," ujar beliau kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
Buat masa ini, beliau menjelaskan, peruntukan bagi projek-projek tebatan banjir dan pelaksanaan sebenar akan dijalankan secara berperingkat.
Tambah beliau, tiada satupun daripada negeri-negeri yang diminta untuk pembiayaan tebatan banjir daripada kerajaan Persekutuan mendapat 100 peratus atas jumlah dipinta.
Wan Junaidi berkata demikian ketika menjelaskan mengapa Pulau Pinang hanya mendapat RM150 juta daripada RM350 juta yang diminta kerajaan negeri untuk kerja-kerja tebatan banjir di sepanjang Sungai Pinang.
Ujar menteri itu, pelaksanaan projek-projek tersebut akan mengambil masa, justeru, ia bukan masalah dengan hanya sebahagian daripada peruntukan yang diminta diberikan di bawah Bajet 2017.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA