Ahad, 13 November 2016

Jelajah Bersih 5 di Bentong berjalan lancar tanpa "Baju Merah"

BENTONG - Jelajah Bersih 5 yang memasuki daerah Bentong disifatkan konvoi paling aman kerana berjalan tanpa sebarang gangguan dan provokasi.
Ketua Koordinator Bersih 5 Negeri Pahang, Sitarunisah Ab Kadir berkata, walaupun konvoi Jelajah Bersih 5 ke tiba di lokasi lambat sedikit daripada jadual namun tiada insiden tidak diingini berlaku.
Jelajah Bersih 5 di Bentong berjalan lancar Menurutnya, perkara ini cukup berbeza jika dibandingkan suasana di Rompin apabila jelajah kami mendapat sedikit tentangan namun kami semua tetap berdisiplin dan tak melawan mereka yang cuba memprovokasi.
“Niat dan matlamat kita hanya satu iaitu mahu beri kesedaran kepada rakyat supaya bangkit  mempertahankan hak dalam perlembagaan dan menuntut pilihan raya yang bersih.
“Kita mahu kumpul seramai mungkin untuk berhimpun di ibu kota pada 19 November nanti kerana pilihan raya juga semakin hampir dan tak mahu rakyat ditipu lagi.
“Siapa menang atau kalah dalam pilihan raya, kita terima tapi kena bersih dan adil. Jangan tak hormat prinsip satu orang satu undi...kena betulkan semua kepincangan.katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui semasa Jelajah Bersih 5 di sini.
Tambahnya, konvoi di Bentong akan dilakukan sehingga 18 November ini sebelum semua ahli Bersih 5 akan membanjiri Kuala Lumpur pada 19 November nanti.
Sementara itu, Timbalan Ketua Koordinator Bersih Pantai Timur, Safwan Anang berkata penerimaan masyarakat pantai timur sangat menggalakkan terutamanya di Kelantan dan Pahang.
Menurutnya, pendekatan konvoi  digunakan kerana mengambil kira bahawa yang datang dalam perhimpunan yang lepas kebanyakannya warga bandar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA