Sabtu, 26 November 2016

JANGANLAH BERHIMPUN, TUAN GURU....NANTI MENYUSAHKAN RAKYAT!!

Berhubung perhimpunan Bersih 5 pada 19 November lalu, Hadi Awang menyifatkan ia sebagai merugikan rakyat dan mengganggu ketenteraman awam.

Tetapi, susulan usul Akta 355 yang ditangguhkan sendiri oleh Presiden Pas itu ke tahun hadapan, beliau kemudian mengumumkan untuk  mengadakan perhimpunan secara besar-besaran berkaitan perkara itu pada suatu tarikh yang akan ditentukan kemudian.
Kita tunggu dan lihat, Pas akan mengadakan perhimpunan raksasa mewakili pelbagai parti politik dan NGO, tambah Hadi lagi.

Ehhh...tak menyusahkan rakyat ke nanti, Tuan Guru?

1 ulasan:

  1. Mana mana rakyat yg turun susah laa perlu kluar modal sendiri...tapi org kg tak byk dtg...... sbb harga getah murah....dh tuu tak bleh motong dok hujan.... biar para pemimpin pas jee laa berkumpul berdemo.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA