Selasa, 1 November 2016

Jangan tabur fitnah atau kita lapor polis - Abdullah Sani

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Lokman Noor Adam diminta supaya tidak menabur fitnah terhadap bekas partinya.
Kata Ahli Parlimen PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid, dakwaan PKR menerima dana asing daripada hartawan George Soros hanya dibuat berdasarkan andaian semata-mata tanpa bukti kukuh.
Abdullah Sani Abdul Hamid Katanya, sekiranya Lokman mahu terus bercakap mengenainya, Lokman harus tampil bersama bukti-bukti kukuh berhubung dakwaan tersebut.
"Sila bagi bukti kukuh dahulu kemudian baru kita akan cerita dari situ. Jangan tabur fitnah.
"Setahu saya, kami tidak pernah menerima apa-apa dana asing. Dia (Lokman) perlu buktikan dakwaan itu sebelum sebarkannya. Jika tidak, kami terpaksa laporkan perkara ini kepada polis," katanya ketika ditemui Sinar Online, di Dewan Rakyat, hari ini.
Lokman seperti yang dipetik dari laporan Bernama pada 31 Oktober lalu mendakwa berlaku pertemuan beberapa pemimpin PKR dengan Soros di Washington DC pada penghujung 2003 antaranya melibatkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Khalid Jaafar (bekas setiausaha akhbar bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Elizabeth Wong (Exco kerajaan negeri Selangor) untuk mendapatkan dana pilihan raya umum bagi tahun 2004.
Lokman yang ketika ini merupakan Ahli Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) mendakwa Azmin telah mengesahkan dalam Mesyuarat Biro Pilihan Raya PKR sebanyak RM3 juta pertama telah diterima dan telah digunakan untuk PKR menempah bendera, t-shirt dan topi di China.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA