Selasa, 15 November 2016

Jangan biar perbezaan politik rosak keamanan negara - WeMalaysia

KUALA LUMPUR: Rakyat negara ini tidak harus membiarkan perbezaan politik merosakkan keharmonian telah berlaku dikecapi selama berpuluh tahun yang lalu.

Pengerusi WeMalaysia, Mohd Ali Halim Sirat berkata, kerjasama semua dalam menyebarkan mesej perpaduan kepada semua rakyat menjadi asas ia sentiasa kukuh walaupun diakui sentiasa berhadapan halangan.

"Kita percaya kepada peranan generasi milenium. Mereka terdedah kepada perspektif dan kebebasan global untuk bertukar-tukar idea dengan sesiapa sahaja termasuk dalam mengubah dinamik politik negara.

"Perbincangan boleh dibuat namun dalam perbahasan sihat dan untuk menyumbang secara positif kepada pertumbuhan negara. Ia langkah menjadi negara yang progresif, semuanya harus diurus dengan kesederhanaan tetapi tidak dengan keganasan," katanya kepada Astro AWANI, di sini hari ini.

Mohd Ali mengulas mengenai Perhimpunan Bersih 5 akan diadakan pada 19 November ini.

Bersih 5 menuntut lima perkara dilaksanakan, antaranya mengadakan pilihan raya yang bersih, kerajaan yang bersih, mengukuhkan demokrasi berparlimen, hak membantah, dan memperkasa Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun, Penganjur Perhimpunan Baju Merah, Datuk Jamal Md Yunos juga menjangkakan akan mengadakan perhimpunan pada waktu dan tarikh yang sama.

Dalam pada itu kata Mohd Ali, toleransi dan saling hormat-menghormati menjadi asas kesederhanaan dan harus dipertahankan.

"Dengan sejarah yang berwarna-warni, rakyat Malaysia sering berbangga dengan kesopanan rakyat termasuk melibatkan isu politik. Sepanjang tahun, semua telah berjaya mempamerkan kefahaman yang mendalam mengenai hak seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Namun semua harus ingat, ketakutan kepada perpecahan dan perpaduan harus dilupuskan dengan tidak ada lagi sebarang perhimpunan yang membangkitkan kepada kenangan rusuhan.

"Tidak dapat dinafikan iklim politik semasa telah mengambil giliran yang berbeza, kerana toleransi dan kesederhanaan sentiasa dipijak. Ia termasuk tuntutan ancaman dan keganasan antara kedua-dua pihak yang menimbulkan keresahan rakyat," jelasnya.

Tegasnya, sejarah perselisihan yang pernah berlaku di negara ini tidak berjaya menghalang sesetengah rakyat Malaysia daripada menjadi berseteru.

"Berita mengenai pertempuran antara penganjur Bersih dan Baju Merah amat merisaukan. Ia membawa kepada bantahan dari masyarakat awam yang mempersoalkan kredibiliti pihak berkuasa sendiri dalam menangani isu ini," jelasnya.

Kata Mohd Ali, WeMalaysia sendiri ditubuhkan pada tahun 2015 untuk menggalakkan perpaduan dan patriotisme di kalangan rakyat Malaysia di luar negara.
"WeMalaysia telah bekerjasama dengan pelbagai organisasi pelajar Malaysia yang berkongsi visi dan idea-idea kita.

"Baru-baru ini, WeMalaysia telah berjaya menganjurkan 'Himpunan Solidariti WeMalaysia 2016', sempena tahun 2016 sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia di seluruh dunia.

"Lebih 3000 rakyat Malaysia, di 63 bandar-bandar antarabangsa di seluruh dunia, telah mengambil bahagian dalam program ini," katanya.

WeMalaysia merupakan sebuah gerakan terbuka yang digerakkan pelajar Malaysia di luar negara. Sehingga kini, WeMalaysia mempunyai cawangan di Amerika Syarikat (AS), Australia dan United Kingdom (UK).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA