Sabtu, 19 November 2016

Jamal Yunos akhirnya dicekup polis

Aktivis pelajar Adam Adli Abd Halim turut disoal polis, dalam operasi mencegah rusuhan yang berjalan sejak semalam
jamalKUALA LUMPUR: Ketua Gerakan Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos mungkin tidak dapat sertai himpunan balas membantah Bersih 5 pagi ini.
Ini kerana ketua Umno bahagian Sungai Besar itu ditangkap polis dalam operasi anti-rusuhan yang berjalan sejak semalam.
Menurut laporan Berita Harian, beliau ditahan di sebuah hotel di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Jamal dalam satu kenyataan dalam kumpulan WhatsApp malam tadi berkata dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam jam 1.30 pagi tadi.
Jamal bagaimanapun mendakwa dia ditahan di rumahnya.
Jamal berharap himpunan Baju Merah tetap diteruskan walaupun tanpa kehadirannya.
“Saya berharap penahanan saya tidak mematahkan semangat para penyokong Baju Merah,” katanya.
Penasihat undang-undang gerakan itu, Mohd Imran Tamrin ketika dihubungi jam 2.00 pagi tadi berkata pihaknya menuju ke ibu pejabat polis untuk maklumat lanjut.
Adalah dipercayai penangkapan Jamal dibuat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu kerana merusuh.
adam-adliJamal merancang perhimpunan balas esok beberapa bulan lalu, sebagai membantah Bersih 5 yang antara lain mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Polis mengisytiharkan tunjuk perasaan Bersih 5 dan Baju Merah sebagai himpunan haram, walaupun kedua penganjur sudah menyerahkan notis 10 hari kepasa pihak berkuasa mengikut Akta Perhimpunan Aman.
Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, ini kerana mereka gagal mendapatkan kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk berhimpun di Dataran Merdeka.
Sementara itu, aktivis pelajar Adam Adli Abd Halim turut disoal polis.
Adam melalui akaun Twitter berkata polis datang ke bilik hotelnya berhampiran KL Sentral jam 1.30 pagi.
Berbeza dengan nasib Jamal, Adam tidak ditahan.
“Mereka datang, tanya soalan, ambil butiran diri termasuk nombor kad pengenalan.”
“Kemudian mereka beredar,” katanya kepada FMT ketika dihubungi.
Sebelum ini Ronnie Liu ditangkap atas tuduhan merusuh, dan Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony Loke berhubung ucapan di Konvensyen Pakatan Harapan Sabtu lepas.
Polis turut menangkap Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan urusetia Mandeep Singh selepas pejabat mereka di Petaling Jaya diserbu polis petang semalam.
Setakat berita ini ditulis, difahamkan 11 orang termasuk Jamal ditahan pihak berkuasa.

1 ulasan:

  1. Drama arahan Najib&Rosmah diambang BERSIH...dah puas membiarkan Jamal Jamban(JJ)....menakut2 BERSIH 5 dan penyokong2nyer....kini giliran polis pula nak menakutkan peserta BERSIH5 dgn penangkapan pengerusi dan AJK bersih......hati2 wahai peserta BERSIH....ramai agen2 provokasi akan diujud oleh macai najib silanun bugis ini.....

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA