Isnin, 28 November 2016

Jamal Tuntut Khalid Tarik Balik Kenyataan Jamal Jamban, Jamal Pak Tongkol, dan Jamal Samseng

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Jamal Md Yunos menuntut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menarik balik kenyataannya berhubung insiden di Parlimen, baru-baru ini atau akan dikenakan tindakan undang-undang.
Ketua kumpulan Baju Merah itu mendakwa, beliau tidak mempunyai kaitan dengan insiden yang berlaku di perkarangan Parlimen pada 24 November lalu.
"Saya beri tempoh 24 jam untuk beliau respon perkara ini di media dan saya akan menyusul arahan untuk peguam saya menuntut kepada beliau satu permohonan maaf secara rasmi mengikut kaedah yang saya tetapkan.
"Kegagalan beliau melaksanakannya, tindakan guaman akan diambil," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar berkata, Khalid perlu menarik balik kenyataan yang melabelkan beliau sebagai Jamal Jamban, Jamal Pak Tongkol, dan Jamal Samseng.
"Beliau juga perlu menarik balik dakwaan yang mengaitkan saya dengan serangan terhadap beliau di perkarangan Parlimen," katanya.

Pada Khamis lalu, polis mengenal pasti mereka yang terlibat dalam insiden itu, termasuk Firdaus Tajuddin, anak lelaki kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.
Dilaporkan, Khalid yang merupakan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) dikerumuni sekumpulan 20 lelaki dan wanita dari Umno Bahagian Pasir Salah sebaik sahaja beliau keluar dari keretanya dekat pintu masuk Parlimen.
Kejadian berlaku susulan Khalid memanggil timbalan menteri itu sebagai 'menteri sial' di Dewan Rakyat, Isnin lalu.

2 ulasan:

  1. Jamal pukimak

    Jamal anak haram

    Jamal babi

    Jamal yunos kepala butoh

    Jamal pukimak

    BalasPadam
  2. Aku rasa khalid tak ada masalah nak tarik balik panggilan2 jelek kpd jamal dgn syarat jamal berhenti membuli dan mengganggu org2 yg lain pendirian drp dia. Klu gatal sgt nak gaduh, abang kucing dok tunggu. Berhenti berperangai mcm samseng krn kau tak ada tokoh nak jd samseng. Suara saja dah kantoi

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA