Sabtu, 5 November 2016

Jamal tak jadi roboh pejabat Malaysiakini

PETALING JAYA - Pengakhiran himpunan Gerakan Baju Merah di pejabat Malaysiakini berjalan dengan baik apabila Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos membatalkan hasratnya untuk meruntuhkan bangunan pejabat Malaysiakini.
Himpunan yang bermula kira-kira 1.45 petang itu menyaksikan laungan bantahan peserta yang tidak puas hati dengan Malaysiakini yang didakwa menerima dana sumbangan daripada hartawan George Soros.
perhimpunan merah Jamal ketika hadir berucap di himpunan sekitar jam 3.30 petang berkata, pihaknya sengaja mengehadkan bilangan peserta yang hadir di himpunan tersebut.
"Saya telah hadkan peserta himpunan hari ini kurang daripada 20 ribu.
"Sebab kalau yang datang hari ini cecah 20 ribu peserta,  memang akan runtuh dan tutup perniagaan Malaysiakini," ujarnya dalam ucapan di himpunan itu tadi.
Himpunan hari ini turut menyaksikan cubaan beberapa peserta merempuh pagar besi yang menjadi benteng antara peserta dan pihak polis.
Malah insiden baling botol daripada peserta ke arah pihak polis turut berlaku.
Cubaan Jamal untuk bertemu dengan pihak pengurusan Malaysiakini tidak berjaya apabila pihak pengurusan dikatakan tiada di pejabat pada hujung minggu.
"Pihak pengurusan tidak ada. Yang ada hanya Bangla (pekerja berbangsa Bangladesh) sahaja," katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA