Rabu, 16 November 2016

Jamal: Saya tak sediakan makanan, Baju Merah 'lapar' Sabtu ini

Pemimpin gerakan Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini berkata beliau tidak dapat menjamin tindakan pengikutnya yang 'lapar' semasa perhimpunan BERSIH5 pada Sabtu ini.
“Saya tidak pasti terhadap penyokong saya kerana siapa yang hadir pada hari itu, saya tidak sediakan makanan.
“Pasti yang datang pada hari itu, lapar,” katanya pada sidang akhbar di luar bangunan PWTC di Kuala Lumpur.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu berkata demikian ketika ditanya sama ada himpunan Baju Merah yang diterajuinya bagi menentang BERSIH akan kekal aman.
Sebelum ini, BERSIH berikrar himpunan anjurannya di Kuala Lumpur pada Sabtu ini adalah aman.
Beliau juga mengulangi bahawa gerakan Baju Merah akan mematuhi perancangan mereka untuk menghalang penyokong BERSIH daripada berhimpun, berucap, menyebarkan pembohongan dan akhirnya menyemai kebencian terhadap kerajaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA