Rabu, 16 November 2016

Jamal digesa terus terang isu hidung berdarah

Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos digesa untuk berterus terang mengenai pergelutan yang berakhir dengan hidungnya berlumuran darah.
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, terdapat banyak bukti rakaman video yang menunjukkan kisah sebenar pergelutan beliau kelmarin.

“Rakaman video menunjukkan dia adalah orang yang menjerit dipukul polis kononnya. Kemudian dia memutar belit cerita dengan mengatakan ia punca daripada penyokong bersih yang mengedar risalah dikawasan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamurddin.
“Jamal wajib berkata benar dan pihak polis seharusnya serius dalam menyiasat kebenaran kes itu,” katanya dalam kenyataan
Difahamkan, pergelutan tercetus sekitar jam 4 petang selepas Jamal dan penyokongnya mula mengekori MP Ampang Zuraida yang mengedarkan risalah Bersih 5 di sebuah pusat membeli-belah di Ampang sehingga berlaku pergelutan menyebabkan hidung beliau berlumuran darah.
Mengulas lanjut kenyataan Jamal menjanjikan untuk membayar balik “darah untuk darah”, Maria berkata ia adalah satu mesej yang buruk dengan menggalakkan keganasan dan tingkah laku samseng kepada masyarakat.

“Tujuan Bersih 5.0 adalah untuk menuntut hak kepada kerajaan dan kita mengadakan perhimpunan aman sepanjang jalan bermula 1 Okt hingga sekarang. Mereka adalah samseng sebenar dengan dengan tingkah laku yang ganas apabila insiden yang sama berlaku di Hulu Selangor dan Bangi.
“Sebagai seorang pemimpin berpangkat Datuk adalah tidak wajar memaparkan tingkah laku ganas yang terang-terang menghantar mesej tidak baik kepada masyarakat, “kata Maria.
Maria juga kecewa dengan anak-anak muda yang terpengaruh dengan menyertai agenda Jamal yang tidak membawa apa-apa makna.
“Ia mencerminkan keadaan ekonomi di negara ini memaksa anak-anak muda yang menganggur untuk menyertai melakukan perbuatan kotor untuk Jamal.
“Ia mencerminkan keadaan ekonomi kita yang kita tidak mampu untuk menyelesaikan untuk orang muda,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA