Sabtu, 5 November 2016

Jamal desak kerajaan tutup Malaysiakini


Jamal berucap di hadapan penyokongnya dalam himpunan berhampiran pejabat Malaysiakini petang tadiJamal berucap di hadapan penyokongnya dalam himpunan berhampiran pejabat Malaysiakini petang tadi
Ketua gerakan baju merah Datuk Seri Jamal Md Yunos mendesak kerajaan menutup portal media bebas Malaysiakini kerana didakwa menerima dana daripada Open Society Foundation (OSF), sebuah organisasi pemberi geran yang dikendalikan oleh jutawan George Soros.
Beliau yang juga Ketua Umno bahagian Sungai Besar berkata, gerakan menuntut pilihan raya bersih dan adil (Bersih 5) juga harus diambil tindakan kerana menerima dana yang sama.
"Hari ini permulaan kita hadir ke sini untuk melihat kerajaan ambil tindakan sepatutnya terhadap Malaysiakini, Bersih dan parti politik lainnya yang ditaja Soros.
"Demo hari ini sangat bermakna untuk rakyat kerana kita tak mahu Malaysiakini jadi dalang," katanya pada sidang media sebelum perhimpunan di hadapan pejabat Malaysiakini bersurai petang tadi.
Terdahulu, kumpulan tersebut berkumpul berhampiran bangunan Malaysiakini untuk mengadakan demontrasi aman menuntut portal media itu menutup operasinya.
Laungan "tutup Malaysiakini" "Malaysiakini Yahudi" dan "Hancur Malaysiakini" berulang kali dilaungkan oleh kira-kira 200 penyokong yang hadir.
Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia Datuk Azwanddin Hamzah hadir bersama Jamal petang ini.
Jamal tiba lewat kerana kereta dinaikinya ditahan pihak polis di persimpangan laluan masuk ke ibu pejabat Malaysiakini.
Azwandin HamzahAzwandin HamzahPresiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia Datuk Azwanddin Hamzah hadir bersama Jamal petang ini.
Beliau diminta berucap dan penyokong dipertontonkan video yang memaparkan mengenai penglibatan Soros membiayai dana di negara ini.
Dalam ucapannya Azwandin mendesak malaysiakini ditutup.
"Kita menunjukkan kehadiran bukan untuk main berhimpun sahaja tapi kita mahu memastikan Malaysiakini berkubur hari ini. Kita mahu pastikan Malaysiakini ditutup.
"Negara ada perlembagaan, Malaysiakini jadi penghasut, pengkhianat, penyeleweng dan jadi agen asing burukkan negara.
"Ini waktu kita bangun nyatakan pendirian tutup Malaysiakini.
"Gerakan merah yang diketuai Jamal dan NGO lainnya hari ini ingin memastikan jika Kuning (Bersih 5) berani turun pada 19 Nov ini... Merah akan berlipat kali ganda turun.
"Jika Jamal masuk penjara saya juga ke penjara untuk bersama beliau," kata Azwanddin.


Armand Azha Abu HanifahArmand Azha Abu HanifahPresiden Solidariti Anak Muda Malaysia Datuk Armand Azhar Abu Hanifah sebelum itu berkata kebangkitan tentera merah di bumi Selangor hari ini untuk pertahankan perlembagaan dan agama rasmi negara.
"Kita tidak hantar pengkhianat yang nak hancurkan demokrasi.
"Kita hadir bukan kerana benci sesiapa tapi pertahankan Islam sebagai agama dan demokrasi berpelembagaan di negara ini.
"Kehadiran penyokong pelbagai bangsa untuk tolak agenda tersirat George Soros. Soros jatuhkan Syria, Mesir dan empayar Islam seluruh negara "tangan-tangan ajaib" ini nak jatuhkan Malaysia yang mahu memartabatkan agama Islam.
"Kita nak bagitahu Malaysiakini anak muda tidak akan berganjak sekalipun mungkin hujan turun petang ini.
"Kita hormat pihak polis selagi polis menghormati perjuangan kita.
"Kita minta rakan media tulis cerita yang betul jangan di 'corner' cerita tak betul...ini perhimpunan aman 1Malaysia, " ujarnya yang juga Exco Pemuda Umno Malaysia.
 Ismail Awang Ismail Awang Timbalan Presiden Majlis Ayahanda Malaysia Datuk Ismail Awang pula mahu Malaysiakini disiasat kerana mendakwa sumber kewangan diperoleh dari Soros.
"Saya nampak panglima merah ini berjuang untuk tanah air, bangkit orang Melayu pertahankan bangsa dan agama di negara ini.
"Bukan hadir kerana wang ringgit tetapi semangat perjuangan.Kita sokong apa yang betul kita sanggah apa yang tidak betul.
"Kita mahu Malaysiakini disiasat apa agenda Soros yang sebenarnya menggunakan media seperti malaysiakini ini," ujarnya yang datang atas kapasiti diri sendiri, bukan mewakili pertubuhannya hari ini.
Dalam sidang media yang sama, Jamal juga mendakwa tidak dapat bertemu dengan pihak pengurusan Malaysiakini kerana dimaklumkan polis bahawa kakitangan portal tersebut telah melarikan diri.
"Kami berhasrat untuk jumpa tadi tetapi mereka semua sudah lari yang tinggal hanya bangla yang cuci jamban dan jaga bangunan.
"Sebab itu kami tidak terus masuk ke bangunan itu. Kami minta kebenaran polis untuk masuk hingga depan pintu pagar tapi atas nasihat polis kami patuh," katanya.
Jamal juga menegaskan kumpulannya akan berhimpun pada 19 November ini jika Bersih 5 tidak membatalkan hasrat mereka untuk berhimpun.
"Jika kuning tetap berdegil kita akan 10 kali degil lagi.
"Tetapi jika mereka teruskan, kami bersedia untuk perhimpunan walaupun terdapat konfrontasi antara merah dan kuning," tegasnya.
Jamal juga mendakwa seramai 10,000 orang menghadiri perhimpunan petang tadi daripada 20,000 yang dijangkakan.
"Kita hadir separuh daripada yang kita janji 20,000 jika tidak runtuh bangunan Malaysiakini petang ini, " katanya sebelum himpunan bersurai pada jam 4.15 petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA