Sabtu, 5 November 2016

Jamal dakwa 10,000 di Malaysiakini hari ini...ha..ha..ha..ha.......

Pemimpin gerakan baju merah Datuk Seri Jamal Md Yunos mendakwa demonstrasi berhampiran pejabat Malaysiakini hari ini disertai 10,000 orang.
"Hari ni saya hadkan 10,000 sahaja sebab tu bangunan still (masih) selamat," katanya kepada pemberita selepas berakhir himpunan itu hari ini.
Walaupun Jamal memetik angka berkenaan, Malaysiakini menganggarkan himpunan hari ini terdiri daripada paling banyak 700 peserta.
Terdahulu, Jamal yang mengetuai baju merah ke pejabat Malaysiakini berkata kumpulan itu tidak mencapai jumlah sasaran 20,000 orang kerana mereka "kumpulan yang mematuhi undang-undang".
"Kalau sampai 20,000 orang, selain daripada bangunan ini runtuh, semua jalinan perniagaan medianya akan tutup kedai," katanya.
Jamal, dalam pertemuan dengan pengarang kanan Malaysiakini Khamis lalu mengancam untuk membawa 20,000 orang dan meruntuhkan sebahagian daripada bangunan itu jika portal berita itu tidak menjelaskan pembiayaan yang diterima daripada Open Society Foundations (OSF).
Perhimpunan hari ini turut dihadiri segelintir kaum bukan Melayu.
Keadaan itu digunakan oleh pemimpin-pemimpin baju merah dalam ucapan mereka sebelum ketibaan Jamal untuk menyatakan perhimpunan itu bukan sahaja terdiri daripada kaum Melayu.
Oleh kerana jumlah polis yang ramai, tidak ada kejadian tidak diingini berlaku kecuali pergaduhan kecil antara pengamal media dan baju merah ketika mereka berasak-asak.

Jamal selepas ketibaannya berkata beliau mempunyai sesuatu untuk ditunjukkan iaitu mempamerkan demonstrasi silat.
Walaupun bukan Jamal sendiri menjadi sebahagian daripada demonstrasi silat berkenaan, melihat beberapa lelaki dipukul dengan kayu sukar untuk dibayangkan.
Demonstrasi itu, katanya, adalah hanya permulaan terhadap apa yang baju merah mampu lakukan.
Baju merah membantah pembiayaan beberapa organisasi tempatan oleh OSF yang dikaitkan dengan jutawan George Soros.
Menurut Jamal, Soros bertanggungjawab terhadap krisis kewangan Asia pada tahun 1997 dan membiayai revolusi di banyak negara di seluruh dunia.
Pada mulanya, baju merah sepatutnya berkumpul di Dataran Merdeka tetapi selepas dihalang, mereka sebaliknya memilih untuk berhimpun di pejabat Malaysiakini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA