Rabu, 2 November 2016

Ini 'zaman perang' BN, Pakatan Harapan

Ketua Sekretariat Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Saifuddin Abdullah berpendapat situasi politik negara kini mencapai tahap buntu apabila ia membabitkan BN dan gabungan pembangkang itu.
"Saya tidak fikir kita boleh bercakap tentang dwiparti. Saya rasa sekarang sudah perang," katanya pada sesi soal jawab selepas menyampaikan ucapan di Kuala Lumpur hari ini.
Program itu diadakan di Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia.
Menjelaskan dirinya sebagai orang yang kuat percaya kepada sikap tidak memihak kepada mana-mana parti Saifuddin berkata politik sebegitu hanya mungkin apabila pihak "yang satu lagi bertindak munasabah.
"Sebaik saja anda menyanggah logik, anda tidak boleh lagi sekadar berkata-kata, anda hanya perlu mengisytiharkan perang," katanya.
Ia turut menjadi sebab mengapa bekas anggota Majlis Tertinggi Umno itu percaya "pihak ketiga" perlu muncul.
"Di sinilah masyarakat sivil menjadi semakin penting, untuk mendidik orang ramai mengenai politik - apakah maksud politik yang baik," katanya.
Sementara itu seorang daripada Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Jerald Joseph berkata tidak wajar mana-mana pihak mengadakan perhimpunan khusus untuk menafikan hak kumpulan lain menyatakan pandangan.
"Saya akan memanggil pihak yang menganjurkan perhimpunan itu supaya menyatakan tujuan mereka.
"Jika baju merah cuba menafikan hak BERSIH (untuk menyatakan pendapat), ia jelas bukan konsep yang betul mengenai hak asasi," katanya yang turut hadir di majlis itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA