Rabu, 30 November 2016

Imam Masjidil Aqsa puji kepimpinan Guan Eng


GEORGE TOWN, 30 NOV: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini menerima kunjungan istimewa Imam Besar Masjidil-Aqsa, Ali Omar Yacoub Abbasi di pejabat rasminya di Komtar dekat sini.
Pertemuan secara tertutup selama lebih setengah jam itu turut disertai Timbalan Ketua Menteri, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Exco, Datuk Abdul Malik Kassim.
15289345_1450751451621618_4410841946504865091_oLebih dikenali sebagai Syeikh Ali Al-Abbasi, imam masjid yang menjadi kiblat pertama umat Islam itu memuji kepimpinan Guan Eng yang menurutnya berjaya melahirkan suasana harmoni dan saling menghormati di kalangan rakyat negeri itu.
“Rakyat Pulau Pinang dari kalangan yang beragama Islam dan bukan beragama Islam hidup saling hormat menghormati dan harmoni. Saya boleh melihat mereka hidup dalam aman dan sangat mendukung kepimpinan kerajaan negeri,” ujar Syeikh Ali.
Beliau turut memuji usaha Kerajaan Negeri dalam memartabatkan agama Islam di samping berlaku adil terhadap semua rakyat di negeri Pulau Mutiara tersebut tanpa mengira latar keturunan dan agama.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan yang turut mengalu-alukan kunjungan Syeikh Ali menyifatkan imam negara bergolak itu sebagai tokoh yang berani.
“Baitul Maqdis sedang diserang bertalu-talu oleh regim Israel, kami turut mendoakan keselamatan dan kesejahteraan beliau,” kata Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.
“Seperti yang semua ketahui bahawa Baitul Maqdis diduduki oleh orang Israel (Yahudi) dan kita tidak tahu apa akan terjadi pada masa hadapan,” ujarnya mengulas intipati pertemuan tersebut di sidang media kemudiannya.
Syeikh Ali turut sempat menunaikan solat di salah sebuah lokasi Warisan Dunia, Masjid Kapitan Keling di sini, semalam.

7 ulasan:

  1. Tersentak sekejap pejuang2 islam umno dan pas. Apa nas2 yg nak dikemukakan utk serang Imam Besar Aqsa ni?

    BalasPadam
  2. TAKDA SIAPA NAK SERANG IMAM BESAR TU....YANG MENGHAIRANKAN IALAH ADA MELAYU BANGGA DENGAN GUAN ENG!!!!

    PATUTLA MELAYU JADI BANGSA YANG HINA...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bangga dgn perompak berbillion tak hairan? Patutla melayu jadi bangsa yg hina!!!

      Padam
    2. aku melayu tak terhina dgn pemimpin bangsa lain sbb mereka juga org malaysia....pemerintahan mereka juga bersih dari penyalagunaan kuasa dan kotoran rasuah.....yg aku terhina jika pemimpin melayu yg memimpin....sbb aku bukan assobiyah...aku benci pemimpin islam dan melayu yg kotor bergelumang dengan penyalagunaan kuasa dan rasuah...serta kaki menyamun dan merompak duit rakyat.....sbb mereka ini sebenarnyer yg menghina bangsa melayu dan mencemar imej islam itu.......

      Padam
  3. IMAM TU KENAL KA PERANGAI GUAN ENG????BIASALA TETAMU AKAN PUJI TUAN RUMAH

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko tu....lg org tak kenal ko tu.....ko sendiri pun tak kenal diri ko tu......sbb bengap nak mampus......hihihihi

      Padam
  4. Lawat oaling menghiburkan bagi tahun 2016 !!!

    Sekali pun guan eng itu benar benar hebat .. apalah gunanya kalau tidak Islam, mensyirikan Allah...hebat?? hebat untuk terjun ke dalam jurang neraka!!

    sekali dengan al juburit!!

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA