Ahad, 27 November 2016

Hutang negara menggunung sejak Najib jadi Perdana Menteri ...rakyat yang kena tanggung..!!


Datuk A Kadir JasinDatuk A Kadir JasinKerajaan menanggung ‘jumlah hutang yang menggunung’ sejak Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri, tegas Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin.
Menurut bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times itu, hutang kerajaan jauh melambung tetapi kesan positif terhadap ekonomi tidak sebanyak mana.
“Kerajaan berhutang perkara biasa. Dulu pun kerajaan berhutang khususnya untuk membiayai pembangunan tetapi tidaklah sebanyak sejak tahun 2009,” dipetik daripada tulisannya di akhbar Sinar Harian hari ini.
Menyelar satu laporan berita mengenai kejayaan eksport negara yang termuat dalam akhbar milik sebuah parti politik kerajaan baru-baru ini, beliau berkata, tiada kaitan kukuh di antara jumlah eksport dengan kewangan kerajaan atau kemuflisan negara.
“Menggunakan perangkaan eksport bagi melindungi jumlah hutang yang menggunung mendedahkan kedangkalan tukang cerita itu,” bidasnya.
Kadir menganggap bahagian dimiliki kerajaan daripada jumlah eksport yang dijangka meningkat 1.1 peratus sahaja tahun ini dan 2.7 peratus tahun depan seperti diunjurkan Belanjawan 2017 tidaklah sebanyak mana.
“Hasil yang bakal diperoleh kerajaan dalam bentuk cukai daripada eksport sebanyak RM568.4 bilion itu pastinya amat kecil berbanding hutang kerajaan sebanyak RM643.6 bilion.
“Tetapi perbelanjaan kerajaan tahun depan dianggarkan RM260.8 bilion atau RM41.07 bilion lebih tinggi daripada hasil. Untuk menampung kekurangan itu kerajaan terpaksa berhutang.

“Sebenarnya hasil yang kerajaan pungut hanya cukup untuk perbelanjaan mengurus macam bayar gaji dan pencen kakitangan awam, menyelenggarakan harta kerajaan dan membayar balik hutang,” jelasnya.
Mengulas lanjut, Kadir berkata, jawapan kepada persoalan tentang apa jadi pada duit hutang yang banyak itu boleh diperoleh daripada laporan tahunan Ketua Juruaudit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) iaitu ketirisan yang berpunca daripada rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan ketidakcekapan.
Tambahnya lagi, imbangan perdagangan yang semakin sempit kerana eksport berkurangan tetapi import bertambah patut dibimbangi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA