Khamis, 17 November 2016

Hishamudin Rais seru rakyat Malaysia keluar sertai Bersih Global

Hishamudin Rais menyeru rakyat Malaysia luar negara turun sertai Bersih Global pada Sabtu ini.Hishamudin Rais menyeru rakyat Malaysia luar negara turun sertai Bersih Global pada Sabtu ini.
Aktivis Bersih Hishamudin Rais menyatakan Bersih Global akan turut bersama pada Sabtu ini untuk mengadakan demontrasi di luar negara.
"Tokyo, Osaka, Beijing, Shanghai,London, Bombay, Glassgow, Edinburgh, Brussel, Washington DC, San Francisco... kita Bersih Global sedang merancang seluruh dunia pada Sabtu ini akan kelihatan kuning. Ini kekuatan kita, ini kekuatan Bersih Global.
"Anak-anak dan kawan-kawan tanyakan pada mereka minta pakai baju kuning, bukan susah bukan payah duduk di luar negara...makin ramai rakyat Malaysia akan keluar di sana," ujarnya dalam siri ceramah Rakyat Bersatu di Bandar Baru Sentul malam tadi.
Beliau juga mengajak warga di Sentul untuk turut  berkumpul di kawasan LRT Bangsar dan Masjid Negara untuk bersama menuju ke Dataran Merdeka.
"Saya nak umumkan pada Sabtu ini pilihlah tempat berkumpul di LRT Bangsar atau Masjid Negara kita menuju ke dataran merdeka ...ingat kita datang dengan aman kita akan kembali dengan aman.
"Jangan buat mana-mana provokasi kita semuanya mengikut peraturan...kerana kita tahu masa depan kita adalah di tangan kita.
"Jumpa 10 pagi di LRT Bangsar atau di Masjid Negara," ujarnya mengakhiri ucapannya dengan laungan Bersih dan Reformasi.
Turut hadir dalam ceramah itu Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin,  Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA