Ahad, 20 November 2016

Himpunan Bersih 5 paling berjaya, kata peserta


Himpunan Bersih 5 dianggap paling berjaya kerana disertai pelbagai kaum di negera ini.Himpunan Bersih 5 dianggap paling berjaya kerana disertai pelbagai kaum di negera ini.

Perhimpunan Bersih 5 adalah yang paling berjaya diadakan dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum keluar beramai-ramai untuk menyertai perhimpunan ini.
Demikian kata Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa ketika memberikan ucapan di perhimpunan kali ini.
Menurut beliau, walaupun rakyat ditakutkan serta diugut oleh kumpulan baju merah, tetapi sambutan tetap amat menggalakan.
Pandangan Husam turut dikongsi oleh ramai peserta perhimpunan Bersih hari ini.
Bagi mereka, himpunan kali ini jauh lebih baik dari Bersih 4 sekurang-kurangnya kerana lebih ramai muka Melayu kelihatan dalam himpunan kali ini.
Perhimpunan Bersih 5 ini turut dihadiri oleh pemimpin utama pembangkang termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.
Turut serta adalah beberapa pimpinan tertinggi Parti Amanah Negara, PKR, DAP dan juga Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Antara pemimpin Amanah yang hadir adalah penasihatnya, Ustaz Ahmad Awang dan presidennya Tuan Haji Mohamad Sabu dan lain-lain.
Perhimpunan Bersih tahun ini menyaksi kelainan yang amat ketara apabila orang Melayu turun dengan ramai dalam perhimpunan ini berbanding dengan perhimpunan Bersih 4.
Pelbagai pihak memberikan angka masing-masing tentang jumlah penyertaan kali ini dari serendah 20,000 sehingga ke angka seratus ribu peserta.

Ia disifatkan sebagai antara himpunan Bersih paling berjaya menghimpunkan orang ramai khasnya orang Melayu walaupun diboikot oleh sebuah parti Islam.
Perhimpunan kali ini dikatakan semakin panas apabila geng baju merah yang ditaja oleh sebuah parti politik turut berhimpun kali ini.
Bagaimanapun ekoran pemimpin mereka Datuk Seri Jamal Yunus ditangkap oleh polis menjelang himpunan ini, geng baju merah seolah-olah hilang hala tuju dalam perhimpunan ini.
Mereka hanya mundar mandir dari Sogo ke PWTC tanpa hala tuju yang jelas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA