Selasa, 29 November 2016

Hasrat Pas Perak untuk tadbir sendirian tak munasabah

Hasrat Pas untuk bertanding 35 kerusi Dun pada PRU14 secara bersendirian dilihat sebagai tidak munasabah.
Pengerusi DAP Negeri, Nga Kor Ming berkata, hasrat berkenaan terlalu sukar kerana Pas yang hanya berjaya memenangi lima kerusi pada 2008 dan 2013 lalu, biarpun bertanding 21 kerusi.
Nga Kor Ming Malah menurutnya, kemenangan lima kerusi berkenaan juga dicapai dengan berbekalkan kekuatan Pakatan Rakyat (PR), pada waktu itu.
“Pas hanya menang lima kerusi daripada 21 kerusi pada 2008 dan  201 lalu. 16 kerusi lain semuanya kalah,  walaupun berbekalkan dengan kekuatan Pakatan Rakyat (PR)  pada waktu itu," katanya.
Terdahulu, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, parti itu sedia bertanding sekurang-kurangnya 35 kerusi Dun termasuk meletakkan lima calon Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) di lima kerusi Dun majoriti pengundi bukan Melayu pada PRU14.
Keputusan itu dibuat berasaskan kajian dilaksanakan Jabatan Pilihanraya Pas Perak menetapkan sekurang-kurangnya 30 kerusi Dun perlu dimenangi parti itu pada PRU akan datang bagi membolehkan Pasmentadbir Kerajaan Perak secara bersendirian.

4 ulasan:

  1. PAS hanya berangan dan bermimpi. Tak salahkan?

    BalasPadam
  2. Biarlah PAS nak bertanding sendiri satu malaysia pun ...tak yah komen....dia memang nak semua org komen...baru lah dia penting...baru leh cakap besat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau pas bertanding di semua kerusi, ini bermakna akn berlaku pertandingan 3 penjuru. Yang akan menang nanti ialah umno bn. Adakah ini yg pas mahu?

      Padam
  3. PAS....Parti Angkuh Sombong....Parti Syok Sendiri.....Parti Tamak Haloba......

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA