Rabu, 30 November 2016

Hari paling gelap tatkala Dr M, Kit Siang 'cium mulut' – Shahrizat

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, hari paling sedih dalam hidupnya ialah apabila melibat bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan veteran DAP Lim Kit Siang ‘bercium mulut’.
Katanya, sebelum ini, Mahathir tidak pernah menyukai Kit Siang namun hari ini berlaku sebaliknya.
“Paling saya sedih puan-puan apabila bekas pemimpin kita bersekongkol dengan pembangkang. Saya berasa pelbagai perasaan yang saya lalui daripada terkejut kepada kesedihan, kemarahan dan lain-lain.
“Hari yang saya lihat mereka bercium mulut dengan Lim Kit Siang adalah hari yang paling gelap dalam hidup saya, saya malu. 22 tahun jadi pemimpin kita sayang sanjung, naik turun beliau duka beliau menjadi duka kita.
“Dia yang kata Lim Kit Siang macam itu (ini tapi) hari ini apa yang berlaku. Kalau kita baca dalam media, itu agenda nak naikkan anak dia tapi jangan terima. Jangan jadikan agenda peribadi sebagai agenda politik,” katanya.
Shahrizat berkata demikian dalam ucapan dasarnya dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016 di PWTC.
Mahathir meninggalkan Umno bersama-sama beberapa pemimpin lain dan mewujudkan Deklarasi Rakyat yang menyaksikan gerakan yang menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar meletakkan jawatan.
Seterusnya, Mahathir turut menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bersama-sama beberapa tokoh Umno lain seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dan anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Seorang lagi tokoh Umno yang turut meninggalkan parti itu, Datuk Seri Shafie Apdal pula menubuhkan Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA