Khamis, 3 November 2016

Harga minyak ikut budi bicara Perdana Menteri?

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kampung Tungku, Lau Weng San mempersoal sekiranya mekanisme kadar kenaikan harga minyak semasa ditentukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata, persoalan mengenainya wujud susulan peningkatan kadar bahan api negara ini walaupun harga pasaran dunia mengalami penurunan.

minyak-dunia“Maklumat terperinci seperti formula pengiraan mekanisme ini masih mejadi tanda soal sehingga ada yang tertanya-tanya kenapa harga tidak turun apabila harga pasaran dunia jatuh.
“Adakah kerajaan sebenarnya tidak mempunyai formula tetap untuk membuat pengiraan? Atau adakah ianya tertakluk kepada budi bicara Perdana Menteri?
“Bukankah benar kalah harga bahan api bergantung kepada perubahan harga pasaran dunia, maka ianya tidak memerlukan campur tangan manusia?” katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan medianya berhubung peningkatan 15 sen seliter semua jenis harga bahan api, ketika pasaran harga minyak kini mengalami penurun.
Lebih menimbulkan persoalan, peningkatan kadar harga tersebut merupakan kadar paling tertinggi sejak Januari lalu untuk tempoh 2016.
Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berkata Kerajaan Persekutuan sepatutnya menaikkan pada kadar 20 sen seliter.
Bagaimanapun Eng San berkata, sistem formula kiraan harga kadar petrol di negara ini ternyata gagal dan mempunyai kelemahan yang tidak diketahui rakyat.
Semalam, isu kenaikan harga bahan api turut dibangkitkan Ahli Dewan Negeri dalam perbahasan pembentangan Belanjawan Selangor 2017.
Bagaimanapun, majoriti ADN Barisan Nasional memberikan gambaran bahawa rakyat perlu bersyukur kerana Perdana Menteri tidak menaikkan harga petrol sebanyak 20 sen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA