Sabtu, 26 November 2016

Harga gula naik untuk selamatkan saham FGV?

Kemungkinan besar Kerajaan BN akan membenarkan kenaikan harga gula supaya nilai saham Felda (FGV) tidak terus merosot dan apabila kelulusan diberikan, rakyat terpaksa menanggung kesusahan kerana tindakan segelintir pemimpin yang ‘incompetent’ dan rasuah, tegas Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye.
Harga gula naik untuk selamatkan saham FGV?Beliau berkata, Felda Global Venture (FGV) merupakan syarikat Felda yang di senaraikan Di Bursa Malaysia dan FGV membekal dua pertiga (2/3) dari jumlah bekalan gula di Malaysia melalui anak syarikat MSM, sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia.
MSM ujarnya, telah melobi Kerajaan BN untuk menaikkan harga jualan gula sebanyak 20-30% (57-85 sen sekilo) dari harga RM2.84 sekilo sekarang.
Menurut beliau lagi, laporan kewangan suku-tahun terakhir (30/09/2016) menunjukkan kerugian FGV kian meningkat sehingga RM94.86 juta dalam 3 bulan.
“Nilai saham FGV telah turun sebanyak 38% iaitu dari RM2.50 pada September 2016 sehingga RM1.55 pada 23 Nov 2016,” kata Boon Chye dalam satu kenyataan.
Bekiau mendakwa, sebahagian besar kerugian FGV adalah kerana penipuan dan rasuah yang disyaki di sebuah anak syarikat iaitu, Felda Iffco Gida Sanayi.
Maklumat-maklumat tersebut, katanya merupakan maklumat umum yang boleh diperolehi di Bursa Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA