Rabu, 2 November 2016

Hanya luah rasa kecewa, Umno pertahan tindakan baling baldi

Pemuda Umno menafikan ia tindakan samseng, sebaliknya menuduh Bersih lebih layak mendapat gelaran itu kerana pernah menghina pemimpin negara.
zein
SHAH ALAM: Umno Selangor hari ini tampil mempertahankan tindakan sayap Pemuda membaling baldi dan botol ke dalam kawasan pusat pentadbiran kerajaan Selangor susulan masalah gangguan air yang dihadapi rakyat negeri itu.
Ketua Penerangan Umno Selangor, Datuk Zein Isma Ismail berkata perbuatan itu menunjukan perasaan kecewa mereka terhadap kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, sekali gus menafikan perbuatan itu sebagai samseng.
“Baling baldi itu merupakan kehampaan kita. Kita bukan baling pada orang. Saya lihat pemuda lontar baldi itu sebab mereka tak bagi masuk. Apa salah kalau bagi masuk untuk mereka diserahkan memorandum kepada Azmin.
“Bila Umno buat tindakan (baling baldi) senang sangat nak cop kita samseng. Tengok Bersih, gambar perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak) dipijak, gambar pemimpin parti Islam dipijak, kereta polis diterbalikkan. Saya rasa itu lebih samseng,” katanya semasa sidang media pada majlis minum petang bersama media di Shah Alam, hari ini.
Semalam, beberapa pemuda Umno berkumpul di hadapan pusat pentadbiran kerajaan Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bagi menyatakan rasa tidak puas hati dengan gangguan bekalan air di negeri itu berikutan masalah pencemaran.
Kira-kira 200 orang diketuai Exco Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah bertindak membaling baldi dan botol air ke dalam kawasan bangunan sambil cuba merobohkan pagar besar, selepas berarak dari Bangunan Perangsang di pusat bandar Shah Alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA