Ahad, 20 November 2016

Halau wartawan: NUJ mahu MB, Umno Pahang mohon maaf

Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Malaysia, Mohd Taufek Razak melahirkan kekesalan berhubung insiden membabitkan Menteri Besar Pahang dan Umno negeri itu yang langsung tidak menunjukkan kematangan dalam menghormati tugas wartawan dengan menghalang mereka daripada membuat liputan konvensyen Umno.
"Ini bukan kali pertama insiden seumpama ini berlaku di negeri itu namun kali ini keadaannya lebih memalukan kerana membabitkan bukan sahaja individu yang sama malah turut mengheret parti politik yang diketuai dan diwakilinya untuk bersama-sama bertindak secara tidak bertamadun.
"Wartawan bukan insan yang ditugaskan semata-mata untuk menerima penghinaan seperti ini kerana setiap tugasan yang diberi adalah mengikut arahan ketua mereka dan jemputan yang diterima daripada penganjur.
"Peliknya Umno Pahang mahu pun setiausaha akhbar menteri besar Pahang sendiri telah menjemput media untuk membuat liputan Konvensyen Umno tersebut tetapi kemudiannya bertindak menghalau mereka pula pulang," kata Mohd Taufek dalam kenyataan, hari ini.
Tambah beliau, sekiranya tidak berpuas hati dengan mana-mana akhbar atau media sekalipun, jangan menjadikan golongan wartawan yang turun membuat liputan sebagai mangsa melepaskan geram atau rasa tidak puas hati.
"Ia seperti marahkan nyamuk kelambu dibakar.
"NUJ secara terbuka menganggap tindakan menteri besar Pahang dan Umno Pahang menghalau keluar wartawan daripada majlis mereka sebagai tindakan yang cukup tidak profesional dan membelakangkan prinsip saling memerlukan antara satu sama lain.

"Jika tidak puas hati dengan akhbar atau media atau editornya, gunakan saluran perundingan yang lebih bermaruah berbanding menjadikan wartawan yang hanya menjalankan tugas dan arahan ketua mereka sebagai mangsa," jelasnya lagi.
Sehubungan itu, NUJ menuntut Menteri Besar Pahang dan Umno Pahang yang bersikap seperti kebudak-budakan ini supaya mengeluarkan kenyataan permohonan maaf, tambahnya.
Ini penting bagi menjernihkan kembali keadaan dan hubungan antara media, kenyataan permohonan maaf bagi menjernihkan kembali keadaan dan hubungan antara media, menteri besar dan Umno Pahang, ujar beliau.

1 ulasan:

  1. Lagi contoh perangai samseng umno. Tak ada kematangan langsung

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA