Isnin, 14 November 2016

Hadi: PAS sokong Umno tapi bukan ‘bulat-bulat’

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini memberitahu, partinya itu tidak memberi sokongan kepada Umno secara 'bulat-bulat'.
Mengulas soalan pemberita sama ada PAS menyokong Umno atau tidak berikutan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pihak yang memusuhi gabungan Pakatan Harapan boleh dianggap sebagai penyokong Datuk Seri Najib Razak, ini jawapan Hadi.
"Ada tempat kita sokong (Umno) ada tempat tak sokong, bukan bulat-bulat ," katanya ringkas kepada pemberita di Dewan Rakyat.
Hadi juga disoal sama ada kenyataan Dr Mahathir itu wajar atau tidak.
"Tak betul (kenyataan Mahathir). Dalam Umno pun ada yang tolak Najib," katanya.
Dalam pidato di Konvensyen HARAPAN di Shah Alam, Sabtu lalu, Dr Mahathir berkata mana-mana pihak yang memusuhi gabungan pembangkang itu boleh dianggap sebagai penyokong Najib.
Katanya sikap berkenaan juga mungkin menjadi petanda bahawa pihak terbabit sudah mendapat "dedak" daripada perdana menteri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA