Rabu, 23 November 2016

Gelaran terhadap presiden timbulkan kemarahan Pas kepada PKR


Gambar yang disebarkan kononnya Abdul Hadi terlibat dengan permohonan kawasan lombong di Kelantan.Gambar yang disebarkan kononnya Abdul Hadi terlibat dengan permohonan kawasan lombong di Kelantan.
Gelaran yang diberikan oleh Ketua Badan Pemantapan dan Pemahaman Agama (BIPPA) Angkatan Muda Keadilan Pusat, Wan Ji Wan Hussin kepada Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai 'Hadi lombong' menimbulkan kemarahan ahli dan penyokong Pas terhadap PKR.
Antara mereka memberikan gelaran 'ulama cangkul' kepada Wan Ji ekoran komen Wan Ji dalam satu status di Facebook.
Tulisan Wan Ji Wan Hussin timbulkan kemarahan Pas kepada PKR.Tulisan Wan Ji Wan Hussin timbulkan kemarahan Pas kepada PKR."Dulu, Abdurrahman Limbong, kini, Abdul Hadi lombong," tulis Wan Ji dalam komennya terhadap dokumen yang kini tersebar di media sosial kononnya Abdul Hadi terlibat dengan permohonan untuk mendapatkan kawasan lombong di Kelantan.
Komen Wan Ji, pemimpin PKR yang bertahaluf dengan Pas itu menjarakkan lagi hubungan antara Pas dengan PKR.
Sebelum ini, Mursyidul Am Pas Hashim Jasin memberikan syarat kepada semua parti yang mahu bekerjasama dengan mereka menerima "Pas sebagai pemimpin", satu syarat yang dibuat seolah-olah untuk memustahilkan kerjasama dengan parti itu.
PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sedang berusaha untuk bekerjasama dengan Pas menjelang pilihan raya umum ke 14 selepas Amanah dan DAP dianggap oleh Pas sebagai musuh mereka.
Menurut dokumen yang disebarkan itu, Pejabat Presiden Pas menandatangani satu aku janji dengan sebuah syarikat perlombongan bagi membantu syarikat itu mendapat lesen perlombongan dari kerajaan negeri Kelantan.
Selain dokumen, gambar Abdul Hadi pergi ke kawasan lombong berkenaan dan melihat petanya juga turut disebarkan.
Dalam doklumen itu, wakil Pejabat Presiden Pas adalah Zuraidin Abdullah manakala saksi bagi pihak Pejabat Presiden Pas adalah, Mohd Adram Musa, seorang pegawai dasar di pejabat Exco kerajaan negeri Selangor, Zaidy Talib.

Adram juga didakwa mempunyai kaitan rapat dengan Pejabat Presiden Pas yang antara tugasnya dikatakan mendapatkan dana untuk operasi pejabat itu.
Entiti Pejabat Presiden Pas mula wujud sejak Abdul Hadi menjadi presiden parti itu.
Sebelum ini, bekas naib presiden Pas Datuk Mahfuz Omar menuntut Abdul Hadi memberikan penjelasan mengenai dakwaan ini.
"Sejak saya menjadi Ketua Penerangan Pas Pusat juga saya tidak pernah mendengar adanya pembahagian hasil galian milik kerajaan negeri kepada parti.
"Tak tahulah selepas saya tidak lagi berada dalam kedua-dua jawatan itu, hal sebegini berlaku pula. Jadi, elok kiranya Presiden segera buat kenyataan rasmi.
"Kalau tidak betul apa yang sedang viral sekarang boleh nafikan," ujar Mahfuz ketika dihubungi Malaysia Dateline sebelum ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA