Isnin, 14 November 2016

Ekonomi: Sudah tiba masa anjak paradigma


Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong mengatakan sudah tiba masanya buat Malaysia untuk membuat anjakan paradigma untuk menghadapi realiti ekonomi dunia kini.

Liew Chin Tong Menurutnya, Kementerian Perdagangan Antarabangsa (Miti) dan Industri harus mengetuai satu pencarian ekonomi baru yang melampaui perindustrian berorientasikan eksport  yang kini banyak dipelopori oleh warga asing.
"Misi Miti bukanlah hanya sebagai urusan dagangan tetapi ia juga mengenai industri.
"Miti juga punyai peranan untuk membentuk semula  generasi seterusnya perindustrian negara yang berasaskan kemahiran dan teknologi.
"Serta cuba untuk menjana pendapatan bagi kelas pertengahan untuk pekerja Malaysia," katanya sewaktu perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.
Perdagangan global dunia dijangka akan merosot pada tahun 2017, oleh itu, Malaysia memerlukan strategi yang jelas untuk jangka masa pendek.
Tambahan pula, dengan kemenangan Donald Trump Pilihan Raya Presiden  Amerika Syarikat, baru-baru ini juga mungkin tidak mahu mengimport dari Asia.
Tambahnya lagi, jangan hanya tumpuan diberikan kepada perdagangan yang akan datang sahaja.
"Miti dan Kerajaan Persekutuan juga perlu melihat  industri Malaysia dan membawanya ke peringkat seterusnya," katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA