Rabu, 9 November 2016

Duta AS: Hubungan dengan Malaysia terus kukuh tak kira siapa menang

Pemangku duta AS mengakui akan terdapat perubahan dalam perhubungan dengan pasukan baru di Washington tetapi hubungan asas tidak akan berubah.
Edgard-KaganKUALA LUMPUR: Detik penentuan bagi penentuan presiden Amerika Syarikat (AS) turut memberi kesan kepada rakyat Malaysia terutama siapa bakal memenangi dan bagaimana dasar luarnya akan memberi kesan kepada hubungan dengan Malaysia.
Pemangku Duta AS, Edgard Kagan memberi jaminan walaupun mungkin terdapat keadaan yang rumit, ikatan antara kedua-dua negara, yang terjalin bertahun-tahun akan tetap sama, jika tidak bertambah baik.
“Hubungan AS-Malaysia meningkat secara mendadak beberapa tahun kebelakangan ini. Ia mencerminkan hubungan yang kuat antara negara kita, hubungan rakyat dengan rakyat, dan kepentingan yang memacu kita.
“Saya benar-benar yakin kepentingan Asia kepada AS tidak akan berubah.
“Sudah pasti terdapat keadaan yang rumit dalam perhubungan, sudah pasti akan ada beberapa perubahan daripada pasukan baru yang mengambil alih, tetapi hubungan yang mendasarinya tidak akan berubah,” katanya pada sidang media di Hotel JW Marriott.
Kedutaan AS menjadi tuan rumah bagi pemerhatian pilihan raya negara itu secara langsung di hotel, dalam suasana meriah sebagaimana dijangka.
Booth disediakan bagi memberi maklumat kepada mereka yang hadir tentang bagaimana pilihan raya presiden AS dijalankan.
Terdapat juga pusat mengundi “olok-olok” untuk membolehkan rakyat Malaysia mengalami sendiri bagaimana pengundian di AS berjalan.
Kagan menyedari minat “luar biasa” rakyat Malaysia terhadap pertandingan presiden AS, berkongsi dengan media yang sejak setahun yang lalu ke mana sahaja beliau dan rakan-rakannya pergi, mereka dihujani dengan soalan mengenai pilihan raya.
“Ia benar-benar mencerminkan sesuatu yang sangat positif mengenai hubungan. Ini bukan sahaja tentang hubungan antara pemimpin, kerajaan atau perniagaan, tetapi ia juga tentang hubungan antara manusia.
“Dan ini adalah sesuatu yang kami bekerja keras untuk menggalakkan dan kami rasa tidak ada cara yang lebih baik untuk negara kita bekerja bersama-sama.”
Bagaimanapun, terdapat beberapa hadirin yang menyuarakan keraguan terhadap jaminan kedutaan, terutama pada masa laporan ini ditulis, calon Republikan Donald Trump adalah mendahului.
Seorang lelaki yang bercakap kepada FMT dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, berkata beliau bimbang kekurangan pengalaman Trump terhadap dasar luar mungkin memberi kesan kepada ekonomi Malaysia.

“Beliau seolah-olah sangat beremosi. Dan walaupun beliau mungkin bagus dalam perniagaan, beliau juga nampak keras agar semua perkara dilakukan mengikut caranya sendiri.
“Ini bermakna jika Malaysia mahu melindungi hubungan baik dengan AS, kita perlu tunduk kepada lebih banyak permintaan beliau.”
Seorang lagi peserta yang turut meminta identitinya disembunyikan, mempersoalkan Perjanjian Perkongsian Trans-Pacific di mana kedua-dua calon Trump dan Hillary umumkan bantahan terhadapnya.
Kagan yang mengetengah isu ini, tetapi respons beliau tidak komited apabila berkata: “Kita hanya perlu lihat apa yang akan berlaku (pada masa depan).”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA