Ahad, 27 November 2016

DUN Johor: Wakil rakyat DAP bantah ucapan menteri besar

Ucapan penutup menteri besar yang membidas DAP menimbulkan kekecohan di DUN Johor.
Tan-Hong-Pin_Mohamed-Khaled-Nordin_johor_600
Wakil rakyat DAP hari ini membantah dan menganggu ucapan penutup Menteri Besar Tan Sri Mohamed Khaled Nordin di Dewan Undangan Negeri Johor, di mana beliau menasihatkan DAP tidak menentang penjenamaan perpaduan Bangsa Johor.
Menurut NST Online, Khaled menegur DAP kerana tidak menyokong agenda pembangunan negeri dan memberi amaran kepada mereka kerana sering memberi gambaran buruk terhadap projek-projek pembangunan Johor.
“DAP dan agendanya tidak sesuai dengan aspirasi Bangsa Johor dan Muafakat Johor. Ini sangat bertentangan Agenda Progresif Johor,” kata Khaled.
Tan Hong Pin (DAP-Mengkibol) cuba mencelah tetapi dihalang Speaker Dewan Undangan Tan Sri Mohamad Aziz.
Khaled meneruskan ucapan beliau, yang mempersoalkan kewibawaan parti sejak memerintah Pulau Pinang.
Pada ketika ini, Dr Boo Cheng Hau (DAP-Skudai) berdiri, tunduk, dan meninggalkan dewan DUN.
Beliau kembali beberapa minit dan kemudian memberitahu sidang media beliau hanya ” ke tandas”.
Wong Shu Qi (DAP-Senai) turut berdiri ketika Khaled berucap dan menafikan DAP bersalah terhadap polarisasi kaum, dengan berkata: “Kami berdiri untuk semua rakyat Malaysia.”
Yeo Tung Siong (DAP-Pekan Nanas) dan Chew Peck Choo (DAP-Yong Peng) juga turut membantah, menyebabkan beberapa wakil Barisan Nasional juga bangun dan menggesa rakan-rakan DAP bertenang dan mematuhi arahan Khaled.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA