Sabtu, 26 November 2016

Dr Mujahid tuntut Pemuda Pas tarik balik putar belit tesis PhD

Dr Mujahid Yusuf Rawa menuntut Pemuda PAS menarik balik kenyataan yang mendakwa tesis doktor falsafah (PhD) pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) itu mencadangkan kerjasama Umno-PAS.
Menurut Mujahid lagi, kajian beliau bertajuk “Konflik organisasi dalam parti Islam dan kesannya terhadap perubahan organisasi: Kajian Parti Islam Se-Malaysia di Melaka” sebaliknya berkaitan konflik dalaman.
“(Tuduhan) itu tak betul sebab saya buat tesis tentang konflik, tidak ada kena mengena dengan kerjasama Umno-PAS.
Dr Mujahid tuntut Pemuda Pas tarik balik putar belit tesis PhD“Yang ada ialah kajian konflik dalaman. (Ini) kenyataan yang tidak berasas. Mereka perlu tarik balik,” katanya melalui Whatsapp ketika menjawab soalan Malaysiakini.
Semalam, Pemuda PAS menyerang Mujahid, bekas pemimpin yang menyertai Amanah dalam isu kerjasama dengan BN.
Menulis di Facebook, dewan itu mendakwa Mujahid dalam tesisnya di Universiti Malaya (UM) pernah mencadangkan PAS bekerjasama dengan Umno dan BN.
Anak bekas presiden PAS Datuk Yusuf Rawa itu juga didakwa dikatakan mencadangkan perundingan antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan agar syariat Islam terlaksana.
“Namun, lain yang ditulis dalam tesis, lain pula yang diamalkan dalam politik,” menurut status di media sosial itu.
Badan itu turut memuatkan pautan kepada maklumat tesis Mujahid itu di laman web tesis dan disertasi UM yang dibuat pada 2007.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA