Sabtu, 19 November 2016

Dr M: Penjara tak cukup besar untuk kita semua

Bekas perdana menteri beri pengiktirafan kepada keberanian peserta Bersih 5
mahathir-bersih-5
KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi pengiktirafan kepada penunjuk perasaan yang merentasi ibu negara untuk perhimpunan Bersih 5.
“Kita tak takut kerana kita tahu kita tak salah,” katanya kepada 18,000 hadirin yang berhimpun di pusat beli belah KLCC. Beliau menggesa orang ramai supaya menumbangkan kerajaan, yang digambarkan sebagai kejam.
Dr Mahathir, 91, menggesa orang ramai supaya berani, walaupun berdepan pemenjaraan.
Polis menahan 15 aktivis dan ahli politik, termasuk Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan ketua Gerakan Baju Merah Jamal Md Yunos.
Dr Mahathir mengingat: “Tidak ada penjara yang cukup besar untuk kita yang berhimpun hari ini,” dan kemudian membidas gerakan Baju Merah yang dianggap mahu mencetuskan huru-hara.
Tangkapan dan tahanan reman Jamal, katanya, cuma drama.
“Mereka cuba takut-takutkan kita, tapi kamu semua kuat,” katanya, dan menambah beliau tidak pernah menyaksikan perhimpunan sebesar hari ini dalam 70 tahun sejarah kerjaya politiknya.
Dr Mahathir memegang jawatan perdana menteri selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003.
Beliau bertegas mereka yang tidak menyokong pembangkang akan dilihat menyokong kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Mungkin ada antara kita di sini yang belum lagi bersama parti pembangkang. Saya rayu tuan puan semua supaya sertai parti pembangkang hari ini. Saya ajak kamu sertai PPBM. PPBM akan bersama semua parti pembangkang tumbangkan Najib.”
Dr Mahathir merupakan pengerusi parti itu, yang ditubuhkan tahun ini selepas meninggalkan Umno.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA